Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 5.2.2021

Perkara : Pembukaan Semula Kaunter-Kaunter Perkhidmatan Di Mahkamah-Mahkamah Seluruh Malaysia Bermula 8 Februari 2021

img

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.      Bagi meningkatkan akses pemegang-pemegang taruh (stakeholders) dan orang awam kepada keadilan, adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter-kaunter berikut di Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia akan dibuka semula mulai 8 Februari 2021 (Isnin):

 

(i)          Kaunter pendaftaran;

(ii)         Kaunter surat kuasa wakil;

(iii)        kaunter pesuruhjaya sumpah; dan

(iv)        kaunter biro servis.

 

3.      Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato’ / Tuan / Puan adalah dimohon untuk memastikan Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia yang telah diedarkan dipatuhi secara ketat. Di samping itu juga hendaklah memastikan bilangan kehadiran pelanggan di kaunter-kaunter ini adalah di tahap yang minimum pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan kawasan kaunter tersebut.

 

Sekian, terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Selaras dengan emel arahan Ketua Pendaftar berkenaan pembukaan kaunter-kaunter Mahkamah, Kaunter Unit Saman Baru, Kaunter MJU Sesyen, Kaunter MJU Majistret dan Kaunter Unit Pelaksanaan telah diarahkan buka semula bermula 8 Februari 2021. Semua kaunter adalah diarah untuk mematuhi TATACARA yang telah ditetapkan (dilampirkan) dengan ketat.

 

Tatacara Operasi Stadard Pencegahan Wabak Covid 19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia

 

Tatacara Operasi Stadard Pencegahan Wabak Covid 19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Bagi Pengguna Mahkamah

 

3. Sekian, terima kasih.

 

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah. 

 

ZALEHA @ NORMAH BINTI MUSA
Penolong Pendaftar
Unit Pelaksanaan
Mahkamah Rendah
Kuala Lumpur

Tel  : 03 - 6209 4000 ext 2058
email : zalehamusa@kehakiman.gov.my

imgimgimg