Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 23.3.2021

Perkara : Pengemaskinian Maklumat Rekod Peribadi Melalui HRMIS

 

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan

 

Dengan hormatnya adalah kami diarahkan oleh Tuan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.     Bersama ini dimajukan Hebahan : Pengemaskinian Rekod Peribadi Melalui HRMIS seperti berikut:-

img

3.     Sehubungan dengan itu kerjasama YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk sentiasa memastikan data adalah tepat dan berintegriti bagi memastikan urusan berkaitan perkhidmatan tidak terjejas. Bersama ini juga dimajukan Panduan Pengemaskinian Maklumat Rekod Peribadi untuk rujukan pihak YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan selanjutnya.

 

4.         Perhatian YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

( 03-8880 3842 / 3847

hrmis@kehakiman.gov.my