Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 12.10.2020

Perkara : Pengisytiharan Harta Melalui Sistem HRMIS

 

Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya kami telah diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.         Bersama ini dimajukan Hebahan : Pengisytiharan Harta Melalui Sistem HRMIS untuk makluman Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan seperti berikut:-

img

3.         Sehubungan dengan itu Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dimohon untuk memastikan Perisytiharan Harta Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan masih lagi tidak melebihi tempoh 5 (lima) tahun dari tarikh akhir Pengisytiharan Harta yang telah diambil maklum. Pihak  Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan hendaklah membuat pengisytiharan harta semula sekiranya telah melebihi tempoh tersebut.

 

Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berbahagia Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

UNIT HRMIS

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

62506 PUTRAJAYA

Tel    : 03-8880 3842