Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 23.11.2020

Perkara : Peringatan: Keperluan Kehadiran Berkursus Kepada Pegawai Dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur Bagi Tahun 2020 Serta Mengemaskini Sistem E-Latihan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

 2.         Sepertimana YBhg. Datuk / Dato`/Datin / Tuan /Puan sedia maklum, sasaran memenuhi 3 hari berkursus bagi semua pegawai dan kakitangan telah ditetapkan sehingga akhir Jun 2020. Namun sehingga kini, masih terdapat 11 orang pegawai dan kakitangan MKL yang belum melengkapkan kehadiran 3 hari berkursus.

 

3.       Sehubungan itu, semua pegawai/kakitangan adalah dipohon;

 

i.        Sekiranya telah berjaya menghadiri kursus / latihan lebih dari 3 hari : Untuk mengemaskini dan melengkapkan maklumat kehadiran kursus / latihan di dalam Sistem e-Latihan melalui pautan http://elatihan.kehakiman.gov.my/elatihan_pengguna/ dengan kadar segera; dan   

 

ii.        Sekiranya pegawai/kakitangan yang belum berjaya mencapai rekod kehadiran kursus 3 hari: Diminta melengkapkan tempoh kehadiran tersebut melalui sistem e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) melalui pautan https://www.epsa.gov.my/ pada atau sebelum 25 November 2020 (Rabu)

 

4.         Segala kerjasama YBhg. Datuk / Dato`/Datin / Tuan /Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur