Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 12.3.2021

Perkara : Peringatan Mesra: Arahan Penjimatan Penggunaan Kertas, Toner Dan Mesin Penyalin (Fotostat) Di Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarajatuh dan Selamat Sejahtera

 

No. Rujukan  : MKL.100-9/1/12 ( 2 )

Tarikh            : 12 Mac 2021

 

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

PERINGATAN MESRA: ARAHAN PENJIMATAN PENGGUNAAN KERTAS, TONER DAN MESIN PENYALIN (FOTOSTAT) DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada memo Bahagian Pengurusan bertarikh 9 Ogos 2017 sepertimana dilampirkan dan rantaian emel bertarikh 25 Februari 2021 adalah saling berkaitan.

 

2.     Berdasarkan semakan dan pemantauan yang telah dibuat, didapati terdapat pihak lain/orang luar yang menggunakan mesin fotostat yang disediakan untuk kegunaan Pegawai dan Kakitangan MKL dan perkara ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.  

 

3.      Sehubungan dengan itu, mengambilkira usaha Pejabat Ketua Pendaftar ke arah penggunaan paperless, langkah penguatkuasaan berhubung pengawalan dan penjimatan penggunaan Kertas, Toner dan Mesin Penyalin (Fotostat) perlu dilaksanakan secara teratur sekaligus dapat menjimatkan kos pentadbiran.  Kerjasama setiap bahagian/unit adalah dipohon untuk memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah pengawalan dan penjimatan Kertas, Toner Dan Mesin Penyalin (Fotostat) dengan tambahan seperti berikut:

 

  • Melarang penggunaan mesin penyalin atau membuat salinan dokumen kepada pihak/agensi luar serta orang awam;

 

  • Mencetak dan membuat edaran surat, laporan dan sebagainya kepada mereka yang memerlukan sahaja;

 

  • Gunakan kertas terpakai (reuse) untuk menyediakan draf surat/kertas kerja;

 

  • Gunakan kedua-dua belah muka surat bagi memaksimumkan penggunaan kertas;

 

  • Hendaklah merancang sebelum mencetak dokumen. Gunakan print preview setiap kali sebelum mencetak. Pastikan setiap dokumen yang ingin dicetak adalah betul sebelum mencetak;

 

  • Menggunakan saluran emel bagi tujuan penghantaran semua urusan surat berkaitan panggilan mesyuarat, penghantaran dokumen dan lain-lain perkara berkaitan;

 

  • Memastikan anggota seliaan melaksanakan tugasan dengan mencetak dokumen rasmi sahaja bukan dokumen persendirian;

 

  • Pesanan stok kertas dan toner hendaklah dibuat dalam kuantiti yang munasabah dan mencukupi pada satu-satu masa dan tidak menyimpan stok yang banyak bagi mengelakkan pembaziran, masalah tempat simpanan dan kerosakan;

 

  • Digalakkan menggunakan mesin fotostat bagi tujuan mencetak berbanding printer dalam menjimatkan penggunaan toner;

 

  • Hendaklah merancang percetakan berwarna dan penggunaan toner berwarna.  Elakkan dari menggunakan pencetakan berwarna sekiranya tidak perlu sekaligus dapat menjimatkan kos pembelian toner berwarna yang harganya jauh lebih tinggi;

 

  • Hendaklah menggunakan toner sehingga habis sebelum menukar kepada toner yang baru. Walaupun amaran “low ink catridge” dipaparkan, toner masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukarkan kepada yang baru dengan kadar segera

 

4.      Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN) 

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur