Tarikh : 6.11.2020
Perkara : Peringatan Mesra : Tatacara Pengendalian Piawai Pencegahan Wabak Covid-19 Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan
Asslamaulaikum dan Selamat Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,
Sukacita bersama-sama ini dipanjangkan semula e-mel daripada Pejabat Ketua Pendafar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) bertarikh 30 Oktober 2020 dan emel pentadbiran bertarikh 3 November 2020 yang jelas menerangkan maksudnya untuk tindakan YBhg.Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan.
2. Sebagaimana YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, lanjutan daripada kejadian kes positif COVID-19 di Mahkamah Johor Bahru yang bertempat di Menara MSC Cyberport, adalah diingatkan berkenaan keperluan mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Pencegahan Wabak COVID-19 di Mahkamah Seluruh Malaysia Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya perenggan-perenggan berikut:
a) keadaan kesihatan pegawai, kakitangan dan stakeholder (Perenggan 1.2.2 sehingga 1.2.5 muka surat 2);
b) Tanggungjawab pegawai dan kakitangan (Perenggan 2.2, 2.4 dan 2.6 muka surat 4); dan
c) Tanggungjawab stakeholder (Perenggan 3.7 muka surat 5).
3. Segala kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
Saya yang menjalankan amanah,
AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur