Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 13.10.2020

Perkara : Peringatan Terhadap Kakitangan Semasa Memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan

 

PERINGATAN TERHADAP KAKITANGAN SEMASA MEMASUKI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh pihak pengurusan, didapati kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur tidak cakna berkaitan dengan keselamatan Mahkamah Kuala Lumpur terutamanya melibatkan urusan keluar masuk ke dalam premis. Perkara perlu dipandang serius memandangkan status terkini COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

 

3. Oleh yang demikian, bagi memastikan keselamatan berada pada tahap yang optima, warga Mahkamah yang ingin memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah diwajibkan:

 

3.1 - memakai penutup mulut dan hidung (mask) 

 

3.2 - memakai Pas Jabatan sebagai Pengenalan diri bagi tujuan pemeriksaan polis bantuan dan pengawal keselamatan

 

3.3 - tidak memakai helmet semasa memasuki premis untuk tujuan mengetik kehadiran

 

Kegagalan pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan untuk berbuat demikian akan menyebabkan YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan tidak dibenarkan untuk memasuki Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

 

4. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai.

                  

 Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 Saya yang menjalankan amanah,

 

                       t.t

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur