Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 15.10.2020

Perkara : Pindaan Tarikh Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2020 Melalui Sistem HRMIS

 

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

Rujukan Kami         :    MKL.(S).500-7/1/1 (34)      

Tarikh               :    15 Oktober 2020

 

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas dan emel rujukan MKL.(S).500-7/1/1 (32) bertarikh 23 September 2020 adalah berkaitan.

 

2.         Dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran KMKL telah mengedarkan emel berkenaan pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020 dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2020 kepada semua Kakitangan dan Pegawai Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 September 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, terdapat pindaan tarikh akhir bagi pelaksanaan tersebut  mengikut arahan yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) seperti berikut.:

 

3.         Sehubungan itu, arahan emel sebelum ini adalah TERBATAL dan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dikehendaki untuk mematuhi arahan terkini seperti yang dinyatakan. Sebarang masalah dalam pengisian SKT 2020 dan LNPT 2020 secara online boleh menghubungi urusetia di talian 03-6209 4037 (Pn. Norsalawati) atau 03-6207 2230 (En. Norhisyam) atau 03-6209 4797 (En Shafiq). 

 

4.         Mohon kerjasama YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan memaklumkan kepada setiap pegawai dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing berhubung perkara ini.  Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

( AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN )

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

* ahmadkamar@kehakiman.gov.my