Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 3.12.2020

Perkara : Pemakluman Operasi Mahkamah Kuala Lumpur Bermula 7 Disember 2020 : Garis Panduan Kesihatan Dan Keselamatan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato`/ Datin / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH KUALA LUMPUR BERMULA 7 DISEMBER 2020 : GARIS PANDUAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.         Sepertimana YBhg. Datuk / Dato`/ Datin / Tuan / Puan sedia maklum, sebahagian Mahkamah Kuala Lumpur akan  beroperasi mulai 7 Disember 2020. Selaras dengan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak jangkitan COVID-19 dengan cara yang terbaik, pegawai dan kakitangan yang hadir ke Mahkamah dipohon mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan seperti berikut:

 

i.       Pemakaian penutup muka adalah diwajibkan pada setiap masa di dalam premis Mahkamah. Bagi pegawai dan kakitangan yang berurusan dengan orang awam, mereka akan dibekalkan penutup muka sebagai langkah keselamatan oleh Bahagian Pengurusan;

 

ii.      Pegawai dan kakitangan perlu melalui proses saringan suhu badan terlebih dahulu sebelum memasuki premis  Mahkamah Kuala Lumpur. Sekiranya mempunyai suhu badan melebihi 38° C atau mengalami gejala penyakit COVID-19 seperti batuk, sakit tekak, kesukaran bernafas dan lain-lain tidak akan dibenarkan masuk ke premis Mahkamah Kuala Lumpur.

 

iii.      Pegawai atau kakitangan hendaklah mengamalkan amalan kebersihan yang sewajarnya dan memastikan ruang kerja sentiasa dibersihkan dengan menggunakan spray pembasmi kuman yang telah dibekalkan.  Sekiranya setiap bahagian/unit memerlukan isian semula cecair pembasmi kuman tersebut, boleh mendapatkannya di Unit Keselamatan, Mahkamah Kuala Lumpur.

          

iv.    Pegawai dan kakitangan hendaklah mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dengan jarak 1 meter sepanjang menjalankan tugas di dalam premis Mahkamah Kuala Lumpur.

        

3.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan untuk makluman YBhg. Datuk / Dato`/ Datin / Tuan / Puan. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato`/ Datin / Tuan / Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

 

                   t.t                             

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh : 3.12.2020

Perkara : Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Semasa Tempoh Pkpb Dan Pasca PKP

img

 

imgimgimgimgimgimgimg

___________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 9.11.2020

Perkara : Sambungan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

YA-YA/Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, e-mel bertarikh 27 Oktober 2020 dan rantaian e-mel YBrs. Ketua Pendaftar bertarikh 8 November 2020 seperti di bawah adalah berkaitan.

 

2. Sebagaimana yang diumumkan melalui kenyataan rasmi oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 7 November 2020 berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh negeri di Semenanjung, adalah saya diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk memaklumkan bahawa bagi Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, arahan-arahan yang dinyatakan di dalam e-mel bertarikh 13 Oktober 2020 dan 21 Oktober 2020 adalah terpakai sehingga 6 Disember 2020.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                  t. t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

imgimgimgimgimgimg

 

-

 

 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bil

Perkara

Hubungan / Sambungan Pautan

1.

Semakan kes (tarikh prosiding, sama ada secara e-review atau sebagainya)

https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList?cultureCode=ms

 

 

 

2.

Carian dokumen/minit prosiding untuk kes yang difailkan secara efiling

https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Search2?cultureCode=ms

 

 

 

3.

Bayaran fi carian (Pembelian Tiket untuk Carian Fail Online”)

https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Document?cultureCode=ms

 

 

 

4.

Carian dokumen / minit prosiding kes lama (bukan eFiling)

Sila hubungi Pegawai Berkenaan

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengurusan Kes Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bahagian Dagang

 

[Nota makluman am - Perhatian: Mohon ambil maklum perkara berikut :-

 

1.  Mulai 23 Oktober 2020, s.15A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan prosiding secara dalam talian.

 

2.     Dengan berkuatkuasanya PKPB, semua surat, hujahan, ikatan otoriti, affidavit, notis permohonan, perakuan segera, dan sebagainya,  hendaklah dihantar ke mahkamah secara efiling sahaja. Penghantaran salinan dokumen fizikal tidak dibenarkan. (Kecuali untuk kes lama yang tidak menggunakan e-filing, temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui emel ke ashraf@kehakiman.gov.my untuk menugaskan pegawai berkaitan);

 

3.   Bagi semakan kes (tarikh prosiding, sama ada secara e-review atau sebagainya), sila semak melalui online cause list di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList?cultureCode=ms

 

4.   Bagi carian dokumen/minit prosiding untuk kes yang difailkan secara efiling, sila buat carian online di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Search2?cultureCode=ms ( “Carian Fail Online”) setelah membuat bayaran fi carian di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Document?cultureCode=ms (Pembelian Tiket untuk Carian Fail Online”)

 

5.   Bagi carian dokumen/minit prosiding untuk kes lama yang tidak difailkan secara efiling, temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui emel ke ashraf@kehakiman.gov.my untuk menugaskan pegawai berkaitan);

 

6.   Pelaksanaan Waran Menahan Admiralti masih beroperasi. Hubungi Sherif Admiralti di mfirdaus@kehakiman.gov.my

 

7.   Untuk bantuan masalah teknikal berkaitan e-Review, e-filing dan sebagainya hubungi helpdesk Omesti di talian 03-27331313 atau emel ke efshelpdesk@kehakiman.gov.my 

Terima kasih – Nota tamat.]

 

 Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

ASHRAF REZAL BIN ABDUL MANAN

Timbalan Pendaftar

Unit Hakim Pengurus Bahagian Dagang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

03.6209.4941