Tarikh : 12.11.2020
Perkara : Selamat Menyambut Hari Deepavali 2020
Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Mahkamah Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2020 kepada warga Mahkamah Kuala Lumpur (MKL) yang meraikannya.
Sempena Hari Deepavali yang akan disambut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, semua pegawai dan kakitangan adalah diingatkan untuk sentiasa kekal di rumah, mengamalkan norma baharu dengan menjaga penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri secara optimum dan kerap mencuci tangan dengan sabun.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur