Tarikh : 30.11.2020
Perkara : Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya Unit ini diarahkan oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk merujuk kepada perkara diatas.
2. Untuk makluman YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) sebagai medium pengurusan aduan dan pertanyaan bermula 1 November 2020.
3. Sistem SisPAA akan menggantikan sistem e-Aduan/e-Pertanyaan yang digunakan oleh PKPMP sebelum ini.

4. SisPAA boleh dilayari di https://kehakiman.spab.gov.my atau Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my di menu Aduan & Maklumbalas.
5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Pegawai berikut;
i. Puan Suzarika binti Sahak
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8880 4051
emel : suzarika@kehakiman.gov.my
ii. Tuan Nor Ahmeed Fahd bin Abdullah
Timbalan Pendaftar
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8880 3939
emel : fahd@kehakiman.gov.my
6. Sekian untuk makluman YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.
Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
t.t
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
62506, PUTRAJAYA