Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 
Tajuk Tarikh
Mesyuarat Agung Kesma 28 Februari 2020
Mesyuarat Agung KESMA 24 Februari 2020
sddf
sddf

Perkara : Sumbangan Untuk KesmaCare

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas bersama e-mel bertarikh 26.9.2018 yang dikepilkan di bawah adalah dirujuk.

2. Untuk makluman semua wargakerja Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) sepanjang program KesmaCARE dijalankan hampir sebulan setengah yang lalu, sekurang-kurangnya 45 orang penerima telah mendapat dan menerima bantuan barangan keperluan harian yang telah disediakan oleh KesmaCARE. 

3. Dapatan awal tersebut adalah berdasarkan rekod yang telah diterima oleh pihak kami yang mana pengambilan barangan dinyatakan oleh penerima. Sebagai makluman tambahan perbelanjaan untuk memenuhkan keseluruhan rak pameran di peringkat awal adalah sebanyak RM200 melalui bajet yang diperuntukkan daripada Biro Kebajikan dan Agama (BKA KESMA 2018/2019).

4. Justeru itu, bagi memastikan kesinambungan dan bantuan berterusan dapat disalurkan kepada wargakerja KMKL yang memerlukan, pihak KesmaCARE memohon sumbangan wargakerja KMKL yang berkemampuan dan sudi untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diletakkan di KesmaCARE.

5. Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk menyumbang boleh membuat belian barangan keperluan harian yang dirasakan perlu dan meninggalkan sahaja barangan belian tersebut di ruang pengumpulan barangan bilik KesmaCARE (di dalam kotak bertape hitam) sebelum pihak kami menyusunnya di rak pengambilan barangan.

6. Jika sekiranya Dato'/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan akan perkara ini bolehlah hubungi mana-mana AJK KesmaCARE dan kami akan membantu.

7. Besarlah harapan kami agar wargakerja KMKL dapat menyumbang barangan keperluan harian di KesmaCARE kerana keprihatinan kita membawa seribu makna bagi mereka yang memerlukan. 

Sila baca [klik] Objektif KesmaCare
Sila baca [klik] Tatacara KesmaCare

Sekian, terima kasih.

b/p KesmaCARE
Biro Kebajikan dan Agama
KESMA 2018/2019