Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

HEBAHAN PEMILIHAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA MAKSWIP 2020

Dengan segala hormatnya saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) akan mengadakan SESI PEMILIHAN FUTSAL MAKSWIP 2020 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 1 September 2020

Masa : 8.00 malam

Tempat : KSL Futsal Sport Centre Setapak, Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan perkara di atas, disertakan bersama di sini "surat hebahan dan borang penyertaan sesi pemilihan futsal lelaki dan wanita” untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang selanjutnya.

4. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan amanah,

ABDUL HAKIM BIN AB KERAM @ AB KAREM