Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Alhamdulillah satu program memasak Bubur Asyura & Lambuk telah dijalankan dengan kerjasama pihak KESMA & PDRM Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur. Aktiviti program ini telah dimulakan sejak hari khamis 17.9.2020 dengan penyediaan bahan bubur seperti pemotongan dan pengisaran bawang, persiapan daging dan lain lain lagi oleh anggota PDRM.

Program memasak bubur telah mula dijalankan seawal jam 8.00 pagi di Aras B2 dengan 2 buah kuali bagi bubur asyura dan satu periuk bagi bubur lambuk. Bahan-bahan bubur ini adalah sumbangan ikhlas dari kakitangan dan pegawai PDRM & Mahkamah Kuala Lumpur. Ini merupakan program yang pertama pernah diadakan dan sambutan diberikan amat menggalakan dan meriah sekali.

Program telah tamat pada jam 4.00 petang apabila bubur telah masak dan sedia diedarkan kepada orang ramai. Kesemua petugas telah bertungkus lumus membungkus dan menghantar bubur kepada penerima-penerima di kalangan warga Mahkamah Kuala Lumpur dan PDRM. Syabas bagi anggota PDRM dan petugas Mahkamah Kuala Lumpur yang telah menjayakan program julung kalinya ini.

imgimgimgimgimgimg