Tarikh : 3.2.2021
Perkara : Operasi Mahkamah Semasa Pelanjutan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) Berkuat Kuasa Mulai 5 Februari Hingga 18 Februari 2021
YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Sri / Tuan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Sri / Tuan sedia maklum, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 2 Februari 2021 telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 5 Februari sehingga 18 Februari 2021 kecuali Negeri Sarawak.
3. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa arahan-arahan dan tatacara-tatacara yang berikut adalah terpakai untuk Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan Malaysia, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Negeri Terengganu, Negeri Perlis, Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Negeri Johor, Negeri Kelantan, Negeri Perak, Negeri Kedah, Negeri Pahang, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di sepanjang tempoh pelaksanaan PKP:
- Arahan-Arahan Berhubung Dengan Pengendalian Kes Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 12 Januari 2021;
- Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah Di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 20 Januari 2021; dan
- Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia Bagi Pengguna Mahkamah yang diedarkan melalui e-mel bertarikh 20 Januari 2021.
4. Sekiranya YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Sri / Tuan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
- Mahkamah Persekutuan Malaysia
Puan Nurul Husna binti Awang
Timbalan Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia
03-88803947 / 019-4157376 / husna@kehakiman.gov.my
- Mahkamah Rayuan Malaysia
Puan Norliza binti Othman
Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia
03-88804045 / 012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my
- Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my
- Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
088-286 100 / 019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my
- Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my
- Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
Puan Egusra binti Ali
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah
(menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak)
088-286100 / 016-8931397 / egusra@kehakiman.gov.my
- Pertanyaan Berkenaan Tatacara
Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh
Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik dan Latihan PKPMP
03-88809437 / 019-2184105 / azhaniz@kehakiman.gov.my
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t.
(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan
____________________________________________________
Tarikh : 25.1.2021
Perkara : Operasi Mahkamah Semasa Pelanjutan Perintah Kawalan Pegerakan (Pkp) Bagi Negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan), Melaka, Johor, Kelantan Dan Sabah Sehingga 4 Februari 2021
YA-YA / YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas serta e-mel bertarikh 12 Januari 2021 di bawah dirujuk.
2. Sebagaimana YA-YA / YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 21 Januari 2021 telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah sehingga 4 Februari 2021.
3. Sehubungan dengan itu, adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa arahan-arahan dan tatacara-tatacara yang berikut adalah terpakai di sepanjang tempoh pelaksanaan PKP:
(i) Arahan-Arahan Berhubung Dengan Pengendalian Kes Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diedarkan melalui e-mel bertarikh 12 Januari 2021 (bagi Negeri Kelantan, melalui e-mel bertarikh 15 Januari 2021);
(ii) Garis Panduan Pengendalian Prosiding Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah Di Seluruh Malaysia yang diedarkan melalui e-mel bertarikh 12 Januari 2021 (bagi Negeri Kelantan, melalui e-mel bertarikh 15 Januari 2021);
(iii) Arahan Mengenai Pengendalian Prosiding Kes Jenayah Di Mahkamah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 20 Januari 2021; dan
(iv) Tatacara Operasi Standard (SOP) Pencegahan Wabak Covid-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia yang diedarkan melalui e-mel bertarikh 20 Januari 2021.
4. Sekiranya YA-YA / YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
(i) Mahkamah Persekutuan Malaysia
Puan Nurul Husna binti Awang
Timbalan Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan Malaysia
03-88803947 / 019-4157376 / husna@kehakiman.gov.my
( (ii) Mahkamah Rayuan Malaysia
Puan Norliza binti Othman
Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia
03-88804045 / 012-2367976 / norliza@kehakiman.gov.my
(i (iii) Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my
(iv(iv) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
088-286 100 / 019-8195908 / amelati@kehakiman.gov.my
(v(v) Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my
(vi) Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
Puan Egusra binti Ali
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah
(menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak)
088-286100 / 016-8931397 / egusra@kehakiman.gov.my
(vii) Pertanyaan Berkenaan Tatacara
Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh
Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik dan Latihan PKPMP
03-88809437 / 019-2184105 / azhaniz@kehakiman.gov.my
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t.
(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia