Perutusan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

 
YBhg. Dato' Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar

Ketua Pendaftar 
Mahkamah Persekutuan Malaysia

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Badan Kehakiman Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

 

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) selaku jabatan kerajaan yang bertanggungjawab membantu pentadbiran institusi Kehakiman di Malaysia akan sentiasa mengambil pelbagai inisiatif bagi menjaga imej dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman di negara ini. Pembangunan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh PKPMP bagi membantu untuk memenuhi keperluan penyaluran maklumat yang interaktif dan berinformasi kepada orang ramai. Melalui laman web ini, pihak berkepentingan dan orang ramai boleh mengakses pelbagai perkara seperti capaian ke atas alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan, capaian kepada senarai kausa bagi mahkamah-mahkamah yang menggunakan aplikasi Court Management System (CMS), sistem e-Pesuruhjaya Sumpah, sistem e-Aduan dan sistem e-Lawatan.

 

Semoga para pengunjung dapat memanfaatkan laman web rasmi PKPMP ini dan diharapkan agar ianya mampu menjadi medium perkongsian maklumat berguna ke arah memartabatkan institusi kehakiman di Malaysia. Selamat melayari laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

Sekian, terima kasih. 

 

Melayu