Mengapa Perlu Mediasi?

Mediasi merupakan alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh yang menawarkan faedah-faedah seperti yang berikut:

  1. Perkhidmatan mediasi adalah percuma;
  2. Mediator terdiri daripada Hakim dan Pegawai Kehakiman yang mempunyai pengalaman dan berpengetahuan;
  3. Tiada pihak yang kalah kerana persetujuan untuk penyelesaian dicapai secara sukarela. Win-win situation;
  4. Perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak;
  5. Mediasi dapat menjimatkan masa;
  6. Proses mediasi adalah tidak formal dan fleksibel. Pihak-pihak lebih selesa untuk berbincang;
  7. Mediasi dapat mengeratkan hubungan antara pihak-pihak yang bertelingkah kerana memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menjelaskan keadaan masing-masing;
  8. Fasiliti di Pusat mediasi yang menyediakan bilik mediasi dan bilik caucus memberikan keselesaan kepada pihak-pihak untuk berunding dengan selesa dan mengurangkan perasaan risau untuk hadir ke mahkamah terbuka;
  9. Mediasi adalah sulit dan amat berguna bagi tujuan menjaga nama baik seseorang, perniagaan dll.
Malay