PESURUHJAYA SUMPAH

PESURUHJAYA SUMPAH DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN

Kompleks Mahkamah Kuantan menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengikrarkan suratcara-suratcara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah. Pengikraran dokumentasi ini berlandaskan Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan dimana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah.


 LOKASI KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH
 
 Aras G, Kaunter Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
 
 Aras 1, Kaunter Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi
 
 WAKTU URUSAN KAUNTER PESURUHJAYA SUMPAH
 
 Isnin - Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
 
 CAJ PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
 

  AFIDAVIT EKSIBIT AKUAN BERSUMPAH
Salinan Asal RM10.00 RM5.00 RM4.00
Salinan Pendua dan Seterusnya RM5.00 RM2.00  

 

Kadar bayaran ini adalah berdasarkan Aturan 21, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Sebarang aduan mengenai caj lebihan yang dikenakan selain daripada yang tertera d i atas atau aduan mengenai salah laku Persuruhjaya Sumpah boleh diemelkan kepada bpjs@kehakiman.gov.my

DIFINASI PESURUHJAYA SUMPAH

Pesuruhjaya Sumpah merupakan orang yang dilantik oleh Y.A.A Ketua Hakim Negara di bawah Seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

UNIT YANG MENGURUSKAN PESURUHJAYA SUMPAH

Unit Pesuruhjaya Sumpah, Bahagian Pejabat Ketua Hakim Negara dan penyelidikan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Malaysia.

OBJEKTIF UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

Menguruslan hal whwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung di dalam mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

PIAGAM PELANGGAN PESURUHJAYA SUMPAH

1. Memberikan perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan berkaitan.

2. Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar segera, munasabah, cekap dan sistematik.

3. Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dijalankan dengan berintegriti.

UNDANG-UNDANG/DOKUMEN YANG MENTADBIR SERTA MENGAWAL KELAKUAN, TUGAS-TUGAS DAN ETIKA SESEORANG PESURUHJAYA SUMPAH DI SELURUH MALAYSIA

1. Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993

2. Kod Etika Pesuruhjaya Sumpah Malaysia

Malay