Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan bagi kes-kes yang dibawa ke hadapan Mahkamah Persekutuan. Pejabat ini menyediakan khidmat sokongan perundangan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan menyelesaikan kes dengan lancar dan licin. Demi kepentingan undang-undang juga orang awam, bahagian ini berusaha memastikan kendalian dan pelupusan kes di Mahkamah Persekutuan dijalankan dengan adil mengikut peruntukan undang-undang dalam jangkamasa yang ditetapkan dengan mengambil kira kerjasama semua pihak yang terlibat.

Fungsi Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan antara lain adalab seperti berikut:
• Pendaftaran dan pemprosesan dokumen-dokumen bagi kes-kes yang didengar di Mahkamah Persekutuan
• Mengadakan pengurusan kes-kes untuk penetapan tarikh bicara di Mahkamah Persekutuan
• Pengurusan dan pengendalian tugas-tugas di Mahkamah terbuka bagi memastikan kelancaran persidangan di Mahkamah Persekutuan
• Menyemak dan meluluskan deraf perintah dan perintah bermeterai yang difailkan di Mahkamah Persekutuan

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan ini diketuai oleh Timbalan Kanan Pendaftar dan merangkumi Unit Pentadbiran, Unit Rayuan Sivil, Unit Rayuan Jenayah, Unit Permohonan Sivil dan Unit Pengurusan Kes.

English