Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat

FUNGSI

1) UNIT PERANCANGAN STRATEGIK & INOVASI

  • Menyediakan draf Pelan Perancangan Strategik PKPMP bagi setiap 5 tahun
  • Menyediakan draf laporan tentang tindakan/ aktiviti yang telah diprogramkan dalam Pelan Perancangan Strategik PKPMP
  • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan draf awal tentang pembangunan organisasi, penstrukturan semula PKPMP dan hala tuju Badan Kehakiman
  • Menyediakan draf kertas cadangan berkaitan Perancangan Strategik untuk menambah baik perkhidmatan Kehakiman dan Pentadbiran Mahkamah
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan (secretarial) Persidangan/ Pembukaan Tahun Perundangan / Majlis Pelantikan Hakim/ Pesuruhjaya Kehakiman dan Angkat Sumpah Taat Setia Hakim
  • Menghadiri Mesyuarat/Perbincangan dan rundingan bersama semua Bahagian PKPMP/ Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.
  • Merancang dan menghasilkan inovasi Kehakiman bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan/ penyampaian Badan Kehakiman Malaysia
  • Menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai Pegawai PKPMP yang bertugas di Parlimen.

2) UNIT NAZIRAN & SIASATAN AM

  • Menjalankan Naziran di mahkamah Seluruh Malaysia.
  • Menjalankan siasatan/semakan dalaman kehakiman terhadap para pegawai dan kakitangan mahkamah.
  • Melakukan siasatan/semakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan mahkamah sebagimana yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Inovasi, Naziran & Komunikasi Korporat.

3) UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  • Menjadi focal person antara PKPMP dan media berhubung dengan sebarang  kenyataan dan soalan berkaitan PKPMP.
  • Memantau dan menyelaras kandungan Laman Web Rasmi PKPMP, media sosial PKPMP seperti facebook dan twitter.
  • Menyelia Muzium Kehakiman, Istana Kehakiman Putrajaya
  • Menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal semasa PKPMP..
  • Menyelia dan memberi maklum balas semua aduan, pertanyaan, maklum balas pelanggan dan orang awam yang diterima melalui surat, telefon, e-mel unit Pengaduan Awam PKPMP.
  • Menjalankan tugas Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Aduan, Jabatan Perdana Menteri
  • Mengurus lawatan daripada Institusi Pendidikan, agensi-agensi kerajaan dan swasta, delegasi  badan Kehakiman, lawatan tetamu YAA Ketua Hakim Negara samada dari dalam atau luar negara.
  • Menguruskan acara-acara yang diadakan di Istana Kehakiman dan Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia bergantung kepada arahan semasa seperti Perhimpunan Bulanan PKPMP, Pameran Kehakiman, Perasmian Mahkamah, Pelantikan Hakim dan lain-lain.

 

Melayu