Tatacara Proses Mediasi

PENETAPAN KES MEDIASI DI MAHKAMAH RENDAH KUANTAN

—Pada bulan 27 hb Oktober 2016, Pengarah Bahagian Pengantara (Mediasi) dan pelaksanaan kehakiman, YH Dato’ Che Wan Zaidi Bin Che Wan Ibrahim telah melawat bilik mediasi Kompleks Mahkamah Kuantan telah mengarahkan penubuhan secara rasmi bilik Mediasi Mahkamah Kuantan dan dikenali sebagai Pusat Mediasi Mahkamah Kuantan (KCMC – Kuantan Court Mediation Centre).

—Sehubungan itu, seorang Pengarah Pusat Mediasi Kuantan iaitu Pn. Sazlina Bt Safie telah dilantik bagi menjayakan penubuhan KCMC.

—Atas arahan YA. Hakim Dato’ Sri Mariana Bt Hj. Yahya, Pegawai-pegawai di arahkan untuk mendengar mendiasi di KCMC dan bukan lagi di kamar masing-masing

 

 

  • PERUNTUKAN YANG TERPAKAI

 

Arahan Amalan Bil 4/2016 dan Bil 2/2013 berkenaan dengan Mediasi.

 

  • SKOP

 

  • Kes-kes Sivil yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah boleh dirujuk ke Pusat Mediasi dalam 2 keadaan:

 

  • apabila Hakim atau Pegawai Kehakiman mendapati bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Pusat Mediasi;

 

  • atas permohonan mana-mana pihak dalam pertikaian/kes tersebut; dan

 

  • rujukan secara automatik bagi kes-kes kemalangan jalanraya sahaja.

 

 

  • PROSES UTAMA

 

  • Pengurusan Pendaftaran Kes yang dirujuk ke Pusat Mediasi

 

4.1.1   Prosedur Pendaftaran kes yang dirujuk ke Pusat Mediasi           

 

  • apabila kes dirujuk ke Pusat Mediasi, Borang 1 hendaklah diisi oleh pihak-pihak dan dikemukakan ke Pusat Mediasi pada hari yang sama atau selewat-lewatnya sehari selepas itu.
  • Nombor asal kes dan satu nombor rujukan Pusat Mediasi hendaklah diberikan kepada kes tersebut dan direkodkan ke dalam buku kausa.

 

  • Fail Mediasi dibuka.

 

  • Bagi kes-kes yang dirujuk pada hari perbicaraan, fail kes hendaklah dihantar terus ke Pusat Mediasi.

 

4.1.2   Prosedur penetapan tarikh mediasi

 

  • Bagi kes-kes yang dirujuk pada hari perbicaraan, proses Mediasi akan dijalankan pada hari yang sama. Sekiranya mediasi gagal, kes akan dikembalikan ke Mahkamah asal untuk diteruskan perbicaraan.

 

  • Bagi kes-kes yang dirujuk sebelum tarikh perbicaraan, mediasi hendaklah ditetapkan dalam tempoh satu bulan (30 hari) dari tarikh kes didaftarkan di Pusat Mediasi.

 

  • Prosedur Mediasi

 

  • Prosedur Pra Mediasi

 

  • Bagi kes-kes yang dirujuk sebelum perbicaraan, surat/               e-mel memaklumkan tarikh mediasi hendaklah dihantar kepada pihak-pihak dan mediator.

 

  • Pihak-pihak hendaklah memfailkan dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh mediasi.

 

  • Pusat Mediasi, setelah menerima dokumen yang diperlukan hendaklah menghantar fail mediasi berserta dokumen kepada

 

  • Fail asal kes akan dihantar kepada mediator sekiranya diminta.

 

  • Prosedur Semasa Mediasi

 

  • Sesi Mediasi hendaklah dihadiri oleh pihak-pihak atau wakilnya yang diberi kuasa untuk menyelesaikan kes bersama dengan peguam masing-masing.

 

  • Mediator boleh mengendalikan mediasi dalam satu sesi dan jika perlu, tarikh seterusnya bolehlah ditetapkan.

 

  • Secara Prinsipnya, Hakim yang membicarakan kes tersebut tidak boleh menjadi mediator melainkan dipersetujui oleh pihak-pihak.

 

  • Prosedur Selepas Mediasi

 

  • Jika Mediasi Ditangguhkan

 

  • Tarikh berikutnya hendaklah dicatitkan di dalam fail mediasi dan dimaklumkan kepada pihak-pihak.

 

  • Fail Mediasi dan fail asal kes hendaklah disimpan di Pusat Mediasi sehingga tarikh mediasi selanjutnya.

 

  • Jika Mediasi berjaya

          

  • Pusat Mediasi hendaklah mencatatkan keputusan penyelesaian yang telah dicapai di dalam buku kausa.

 

  • Fail Mediasi di simpan di dalam rak fail tutup.

 

  • Fail asal dipulangkan ke Mahkamah berkenaan                    untuk merekodkan penghakiman persetujuan.

 

 

  • Jika Mediasi tidak berjaya

 

  • Pusat Mediasi hendaklah mencatatkan kegagalan penyelesaian di dalam buku kausa dan memaklumkan Mahkamah berkenaan pada hari yang sama.

 

  • Fail asal dikembalikan ke Mahkamah berkenaan pada hari yang sama.

 

  • Fail Mediasi di simpan di dalam rak fail tutup.

 

  • Sekiranya pihak-pihak bersetuju menyelesaikan tindakan secara Perjanjian Penyelesaian, pihak-pihak hendaklah memfailkan Notis Pemberhentian atau menarik balik tindakan di Mahkamah berkenaan.

 

  • Tempoh Masa

 

Semua Sesi Mediasi hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh ia dirujuk ke Pusat Mediasi.

 

  • Penangguhan

 

Bagi membantu kelancaran proses mediasi, Hakim yang mendengar kes asal boleh memberi penangguhan perbicaraan sehingga proses mediasi selesai.

 

  • Tarik Diri

 

Mana-mana pihak boleh pada bila-bila masa menarik diri daripada meneruskan proses mediasi dengan memberi notis secara bertulis kepada Pusat Mediasi dan pihak satu lagi. Setelah menerima notis, Pusat Mediasi hendaklah mengembalikan fail asal kepada Mahkamah berkenaan dan fail mediasi ditutup.

 

  • Laporan Bulanan

 

Semua kes yang telah didengar dan diputuskan oleh Pusat Mediasi hendaklah direkodkan dalam satu rekod khas .

Melayu