Fungsi Bahagian

MAHKAMAH MAJISTRET
  • Mendengar kes-kes sivil dengan jumlah pertikaian atau tuntutan tidak melebihi RM100,000.00 (seratus ratus ribu ringgit).
  • Mendengar kesalahan jenayah yang tertakluk kepada hukuman denda dan penjara tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda sahaja dan boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 5 tahun penjara, denda tidak melebihi RM10,000.00 dan/ atau 12 kali sebatan
  • Menyediakan statistik bulanan kes-kes sivil dan jenayah
PEJABAT PENDAFTARAN MAHKAMAH RENDAH
  • Mengawalselia disiplin pegawai dan kakitangan di Unit Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes sivil dan jenayah di peringkat mahkamah rendah
  • Membuat Pengurusan Kes bagi kes-kes Mahkamah Rendah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman,  buku daftar dan lai-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Mengurus semua deraf/perintah bersih, deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Rendah
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan jadual bertugas Majistret bagi urusan reman di Mahkamah Majistret Negeri Pahang
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
Melayu