Bahagian Data Statistik Dan Semakan Kontrak

PENGENALAN

Bahagian Data, Statistik dan Semakan Kontrak mengandungi dua (2) unit di bawahnya iaitu:

1) Unit Pengurusan Data Statistik; dan

2) Unit Semakan Kontrak.

Unit Pengurusan Data dan Statistik pada asalnya telah diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran Kehakiman. Selanjutnya, ia diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar I (Operasi). Unit Semakan Kontrak pada asalnya telah ditubuhkan pada 1 September 2016 dan dikenali sebagai Seksyen Penyelarasan Kontrak dan telah diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan. Berikutan daripada penstrukturan semula Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) Malaysia, Unit Pengurusan Data Statistik dan Seksyen Penyelarasan Kontrak digabungkan dan dinamakan sebagai Bahagian Data, Statistik dan Semakan Kontrak.

OBJEKTIF 

Untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti kepada PKPMP Malaysia dalam pentadbiran am pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, bajet dan perolehan Mahkamah serta semakan kontrak adalah berlandaskan peraturan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

FUNGSI

1) Unit Data dan Statistik

  • Sebagai bank pusat penyimpanan data statistik Mahkamah seluruh Malaysia.
  • Sebagai pusat pembekalan data yang membekalkan laporan unjuran tahunan Outcome (Outcome Based Budgeting - OBB) kepada PKPMP Malaysia dan memberikan gambaran yang holistik mengenai penyediaan bajet bagi tujuan pemantauan dan perancangan (projection) PKPMP Malaysia seperti berikut, antaranya memfokuskan kepada :
    • i)   Peningkatan prestasi aktiviti Mahkamah ke arah penyelesaian kes yang lebih efektif;
    • ii)  Penambahbaikan pengurusan sumber manusia;
    • iii) Pencapaian keberhasilan dan prestasi kewangan Jabatan;
    • iv) Perangkaan dasar dan strategi penstrukturan semula kepentingan Mahkamah seluruh Malaysia; dan
    • v)  lain-lain
  • Mengumpul dan menyemak data statistik yang diterima daripada seluruh Mahkamah di Malaysia.
  • Melaporkan hasil statistik Mahkamah seluruh Malaysia kepada pengurusan tertinggi PKPMP Malaysia.
  • Memastikan semua data statistik Mahkamah seluruh Malaysia dikumpul, dianalisis, dikemas kini dan disimpan selamat untuk membantu mahkamah dalam urusan pentadbiran dan keadilan.
  • Menyediakan ulasan statistik untuk tujuan mesyuarat, laporan, pembentangan dan persidangan tahunan.
  • Menyediakan Laporan Analisa Statistik Sukuan Tahunan.
  • Membekalkan data statistik atas permintaan orang awam dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
  • Membekalkan data mengikut keperluan dari semasa ke semasa mengikut kehendak jabatan.

2) Unit Semakan Kontrak

  • Menyemak, menyediakan dan meluluskan draf perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan yang diterima daripada seluruh Mahkamah di Malaysia di mana PKPMP Malaysia merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan PKPMP Malaysia adalah terpelihara.
  • Menyelaras urusan pentadbiran kontrak di Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.
  • Menyediakan pandangan undang-undang bagi isu undang-undang berkenaan dengan pra dan pasca perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan.
  • Menghadiri mesyuarat/perbincangan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan terutamanya berkenaan pra dan pasca perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan bagi memastikan keputusan dasar yang dibuat oleh PKPMP Malaysia adalah menurut undang-undang.
  • Menyertai rundingan draf perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan berkenaan dengan Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.

Melayu