PROFIL PENGARAH

YBhg. Dato’ Julie Lack

Pengarah

Mahkamah Negeri Perak

YBhg. Dato’ Julie Lack dilahirkan pada 29 April 1962 di Miri, Sarawak.  Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (Dengan Kepujian) daripada Universiti Malaya pada tahun 1986.  YBhg. Dato’ Julie Lack telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 April 1987.

 

YBhg. Dato’ Julie Lack telah memulakan perkhidmatan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak bermula pada 1 April 1987 sehingga 14 Mei 1987.  Kemudiannya YBhg. Dato’ dilantik sebagai Majistret Mahkamah Majistret Miri, Sarawak pada 15 Mei 1987 sehingga 30 Jun 1988.

 

Seterusnya pada 1 Julai 1988 sehingga 31 Mei 1990, YBhg. Dato’ Julie Lack bertugas sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang.  Kemudian pada 1 Jun 1990 sehingga 15 Julai 1992 beliau di lantik sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi  Pulau Pinang.  Pada 16 Julai 1992 sehingga 31 Disember 2001, beliau memegang pula jawatan sebagai Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

 

Pada 1 Januari 2011 sehingga 11 Ogos 2013, YBhg. Dato’ Julie Lack telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Ipoh, Perak.  Kemudian beliau bertukar ke Mahkamah Sesyen Butterwoth sebagai Hakim Mahkamah Sesyen pada 12 Ogos 2013 sehingga 6 Mei 2018.

Kemudian pada 7 Mei 2018 YBhg. Dato’ Julie Lack dilantik sebagai Pengarah Mahkamah-Mahkamah Negeri Perak sehingga kini.

 

 

 

Malay