FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
  • Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Perak

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Perak

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret dan Penolong Pendaftar bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah Perak
Melayu