FUNGSI BAHAGIAN

BAHAGIAN PERUNDANGAN

  • Membantu tugas-tugas Majistret di dalam Mahkamah terbuka dan kamar bermula dari awal prosiding hingga ke akhir prosiding
  • Menyemak, merekod dan mengemaskini kes harian di dalam Mahkamah terbuka
  • Mengawal selia hal berkaitan peralatan CRT dalam Mahkamah terbuka dan memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik
  • Menyediakan waran menahan, memenjara, geledah, perintah berkaitan dan urusan jaminan serta lain-lain permohonan yang diarahkan oleh  Majistret
  • Menyediakan dokumen berkeperluan sekiranya diperlukan
  • Menyediakan statistik bulanan  dan statistik khas berdasarkan jumlah kes bulan berkenaan dan memastikan maklumat statistic sentiasa dikemaskini sekiranya diperlukan dalam kadar masa segera
  • Menyemak draf penghakiman dan deraf perintah menggunakan punca kuasa yang betul
  • Mamastikan segala dokumen, waran, perintah, draf penghakiman dan draf perintah diserahkan kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh masa yang sepatutnya
  • Mengawal buku-buku cagaran penjamin serta mengeluarkan surat pembekuan dan pelepasan cagaran.
  • Menyemak dan memproses dokumen perlaksanaan.
  • Memproses Notis permohonan dengan kadar segera bagi kes berkaitan pengkomitan.
  • Menjalankan tugas-tugas pelaksanaan dan pelelongan sehingga pengembalian wang amanah dan pelelongan bagi setiap kes pelaksanaan yang telah selesai dan mengemaskini dalam buku kausa.
  • Mengemaskini laporan bailif di dalam fail dan tarikh akan datang yang telah ditetapkan

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  •  Membuat permohonan stor melalui sistem sps (Kew-Ps-10) permohonan peralatan pejabat /alat tulis untuk kegunaan kakitangan (Kew.Ps-11)
  • Membuat pengiraan stok setiap suku tahun bulan sekali untuk setiap suku tahun (Kew.Ps-3 dan Kew Ps-4)
  • Memastikan stor dalam keadaan kemas dan teratur.
  • Membuat pendaftaran harta modal (Kew.Pa -2) dan daftar aset alih bernilai rendah (Kew-Pa-3) serta melabelkan HAK MILIK KERAJAAN pada asset
  • Membuat laporan segala kerosakan/pembaikan aset peralatan pejabat (Kew.Pa-9) serta kerosakan bangunan mekenikal, elektrikal dan menyelenggara keadaan kebersihan Mahkamah.
  • Memastikan peralatan aset berada di dalam keadaan baik dan berada di lokasi (Kew.Pa-7) serta mendaftar pergerakan harta modal (Kew.Pa-6)
  • Membuat pelupusan aset sekiranya perlu
  • Bertanggungjawab sebagai pegawai aset dan stor.
  • Menjaga rekod cuti kakitangan serta mengemaskini dan menjaga fail-fail kakitangan dan perkhidmatan.
  • Menerima, merekod dan mengedarkan surat-surat biasa dan berdaftar kepada yang berkenaan.
  • Membuat pendaftaran mel dalam sistem iGFMAS seperti cek,bank draf, wang pos dan kiriman wang
  • Menerima bayaran denda,wang rampasan, amanah, surat akuan dan pemfailan dokumen serta mengeluarkan resit bayaran mahkamah melalui sistem iGFMAS.

 

BAHAGIAN KEWANGAN

  • Menyediakan buku resit kewangan (Kew.38) sebelum mahkamah bersidang (Jika system iGFMAS bermasalah) dan memastikan resit-resit berkenaan diceraikan setelah digunakan
  • Menerima kutipan hasil (76102 / 72101) dan deposit (73004) serta mencetak resit
  • Menyediakan penyata pemungut untuk memasukan jumlah hasil ke bank
  • Menyelenggara buku tunai, buku resit dan penyata pemungut untuk diperiksa oleh Majistret setiap kali berlaku transaksi penerimaan bayaran
  • Membuat pendaftaran mel dalam sistem iGFMAS dengan memastikan jumlah wang tunai, wang pos dan cek adalah betul juga memastikan cek dan wang pos telah ditandatangani oleh Majistret
  • Menyediakan dan menghantar dokumen yang berkaitan dengan iGFMAS termasuk Resit Kew.68, Kew.253 dan dokumen yang berkaitan untuk diperiksa kepada unit Naziran Putrajaya dan Jabatan Akauntan Negeri Perak untuk penutupan kutipan hasil pada setiap akhir bulan
  • Menyediakan baucer bayaran bagi setiap invois, bil-bil, tuntutan perjalanan Majistret dan Kakitangan
  • Menyediakan laporan rekod transaksi dikaunter dan baucer amanah serta mengemaskini Buku Mahkamah 4 dan Buku Lejar sebelum dihantar ke Ipoh untuk diperiksa
  • Mengurus Akaun Belun Terima
  • Mengurus cagaran deposit yang belum selesa
  • Bertanggunjawab sebagai Pesuruhjaya Sumpah
  • Menjalankan tugas yang diarah dari semasa ke semasa
Melayu