FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI MAHKAMAH MAJISTRET KAMPAR

KEHAKIMAN

  1. Membicarakan semua kes-kes jenayah di bawah bidangkuasa Mahkamah Majistret;
  • Memberikan arahan pengurusan kes kepada pihak-pihak
  • Memastikan arahan dipatuhi sebelum tarikh Bicara ditetapkan
  • Menetapkan tarikh perbicaraan penuh
  • Mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan di Mahkamah Terbuka
  • Mendengar, meneliti dan mempertimbangkan hujahan pihak-pihak
  • Membuat keputusan di akhir kes pendakwaan dan di akhir pembelaan sekiranya pembelaan dipanggil
  • Menjatuhkan hukuman atau sebaliknya di akhir kes
  • Melupuskan kes melalui ‘summary judgment’ bagi tertuduh yang mengaku salah
  1. Membicarakan semua kes-kes sivil di bawah bidangkuasa Mahkamah Majistret;
  • Memberikan arahan pengurusan kes kepada pihak-pihak
  • Memastikan arahan dipatuhi dengan memberikan ‘unless order’ sekiranya arahan gagal dipatuhi
  • Menetapkan tarikh pendengaran/ perbicaraan penuh.
  • Meneliti affidavit-affidavit yang difailkan
  • Mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti ekshibit-ekhibit yang dikemukakan di Mahkamah Terbuka
  • Mendengar, meneliti dan mempertimbangkan hujahan pihak-pihak
  • Membuat Keputusan di akhir kes
  1. Membicarakan semua kes-kes saman polis dan jabatan-jabatan lain di bawah bidangkuasa Majistret;
  • Memberikan arahan pengurusan kes kepada pihak-pihak
  • Memastikan arahan dipatuhi sebelum tarikh Bicara ditetapkan
  • Menetapkan tarikh perbicaraan penuh
  • Mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan di Mahkamah Terbuka
  • Mendengar, meneliti dan mempertimbangkan hujahan pihak-pihak
  • Membuat keputusan di akhir kes pendakwaan dan di akhir pembelaan sekiranya pembelaan dipanggil
  • Menjatuhkan hukuman atau sebaliknya di akhir kes
  • Melupuskan kes melalui ‘summary judgment’ bagi tertuduh yang mengaku salah
  1. Mengendalikan dan mendengar semua permohonan di bawah Seksyen 117 KAJ dan permohonan-permohonan lain di bawah bidangkuasa Majistret;
  • Meneliti permohonan reman dan permohonan-permohonan lain yang difailkan oleh Pegawai Penyiasat/Pemohon
  • Memastikan dokumen-dokumen difailkan adalah teratur.
  • Memastikan kehadiran suspek/penama dan pihak-pihak yang terlibat.
  • Mempertimbangkan permohonan mengikut keperluan undang-undang
  • Membenarkan permohonan atau sebaliknya
  1. Menulis alasan penghakiman dan menyediakan nota keterangan di dalam tempoh masa;
  • Menyediakan nota keterangan bagi perjalanan kes
  • Menyemak nota keterangan
  • Menyediakan alasan penghakiman di dalam tempoh 8 minggu
  • Menyemak alasan penghakiman

PENTADBIRAN

  1. Menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan Mahkamah Majistret Kampar;
  2. Menguruskan pembahagian kerja di antara kakitangan
  3. Mengawasi kecekapan dan kelicinan tugas yang telah diamanahkan bagi setiap kakitangan
  4. Menyemak buku daftar kes, rekod-rekod, penyata yang berkenaan dan sebagainya
  5. Bertanggungjawab memeriksa dan menyelia dokumen-dokumen seperti rekod rayuan, laporan harian kes sivil, jenayah dan saman jabatan, rekod-rekod kes separuh bicara dan memeriksa statistik bulanan
  6. Menyelia kebajikan kakitangan bawahan
  7. Menyelia kebersihan kawasan luar dan dalam Mahkamah
  8. Menyelia disiplin, rekod kehadiran, rekod keluar masuk dan etika kakitangan Mahkamah
  9. Menyelia perkhidmatan kaunter Mahkamah
  10. Menyelia pejabat pendaftaran Mahkamah
  11. Menyelia daftar surat menyurat
  12. Menyelia aset dan stor Mahkamah
  13. Menyelia urusan pelupusan fail-fail Mahkamah
  14. Meluluskan permohonan cuti kakitangan di bawah seliaan

KEWANGAN

  1. Bertanggungjawab sebagai pengawal kewangan Mahkamah Majistret Kampar;
  • Memperakui dan menandatangani baucer-baucer pembayaran dan semua urusan kewangan yang terlibat
  • Memperakui pegawai-pegawai tertentu untuk memungut hasil, menandatangani baucer pembayaran, pesanan tempatan, baucer jurnal, tuntutan perjalanan dan urusan kewangan yang terlibat
  • Bertanggungjawab memeriksa rekod-rekod kewangan Mahkamah.
  • Membuat pemeriksaan mengejut bagi rekod kewangan
Melayu