FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI SIPUT,PERAK.

  1. BAHAGIAN PEBTADBIRAN AM.
  • Bertanggungjawap melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • Menjalankan tugas pentadbiran am seperti pengurusan aset,stor,fail pentadbiran dan pengurusan cuti pegawai dan kakitangan.
  • Menyediakan laporan berkaitan penyelenggaraan ,kerosakan dan pembaikan bangunan mahkamah.
  • Menyediakan laporan pretasi kerja perkhidmatan kawalan keselamatan,pembersihandan kerja penyeleggaraan berkaitan kontrak-kontrak yang disediakan oleh pusat tanggungjawab Mahkamah Negeri Perak
  • Mengawalselia displin pegawai dan kakitangan Mahkamah ini.

 

  1. BAHAGIAN KEWANGAN.
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan arahan dari pejabat ketua pendaftar mahkamah persekutuan berkaitan dengan kewangan.
  • Menjalankan tugas-tugas kewangan seperti menyediakan resit bayaran denda dan lain-lain bayaran mahkamah,panjar wang runcit, baucar bayaran, invois berkaitan kerja kontrak dan sebagainya.
  • Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan ke pusat tanggungajawab Magkamah Negeri Perak.
  • Bertanggungjawab dalam segala perkara berkaitan pembukaan,pelupusan fail kewangan dan dokumen atau cetakan berkaitan kewangan.

 

  1. BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua kes Writ Distress,Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
  • Mendaftarkan kes-kes Mahkamah sivil yang baru.
  • Menyediakan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Perak.
  • Meyediakan dan menyemak nota keterangan,rayuan sivil,surat-surat dan segalam dokumen berkaitan kes Mahkamah Majistret Sivil.
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas bailif bagi kes perlaksaan sivil dan pelupusan fail-fail sivil.

 

  1. BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH.
  • Mendaftarkan kes-kes Mahkamah jenayah yang baru
  • Mengeluarkan Waran Menahan,Waran Geledah dan lain-lain permohonandaripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap,Perintah,perintah untuk mengemukanan,saman,buku daftar,urusan jamin bagi kes tangkap dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menyediakan statistik-statistik Mahkamah Majistret jenayah Perak.
  • Menguruskan jadual bertugas majistret bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ.
  • Menyediakan nota keterangan dan rayuan jenayah,surat dan dokumen-dokumen kes jenayah,laporan harian kes jenayah dan urusan jurubahasa asing sekiranya diperlukan.
Melayu