FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN

MAHKAMAH MAJISTRET PENGKALAN HULU

  • Unit Jenayah
  1. Memastikan Sistem CRT dan CCTS (Mahkamah Litar) berfungsi dengan baik agar prosiding jenayah berjalan dengan lancar.
  1. Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes jenayah di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain termasuklah kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai pesalah dan saman jabatan.
  1. Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan Permohonan Pelbagai Jenayah termasuklah permohonan reman, permohonan jamin, permohonan di bawah seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah, permohonan Waran Tangkap, permohonan Waran Geledah dan sebagainya.
  1. Memproses Waran Menahan, Waran Mempenjarakan apabila Hukuman Penjara atau Denda Dijatuhkan, Sepina, Waran Tangkap, Waran Geledah, Perintah untuk Mengemukakan Tahanan (Order to Produce) dan lain-lain borang dalam prosiding jenayah.
  1. Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
  1. Menyediakan statistik bulanan bagi kes jenayah dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.

 

  • Unit Sivil
  1. Memastikan Sistem CRT dan CCTS (Mahkamah Litar) berfungsi dengan baik agar prosiding sivil berjalan dengan lancar.
  1. Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes sivil di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang dperuntukkan oleh seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain.
  1. Mempertimbang dan memutuskan permohonan interlokutori.
  1. Merekodkan Penghakiman Ingkar dan Penghakiman Persetujuan.
  1. Mendengar dan membuat keputusan bagi permohonan pelaksanaan penghakiman.
  1. Memproses draf / Perintah bersih dan draf / Penghakiman bersih.
  2. Memproses Writ Distress, Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan serta memastikan kelancaran proses pelaksanaan penghakiman.
  1. Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
  1. Menyediakan statistik bulanan bagi kes sivil dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.

 

  • Unit Pentadbiran dan Kewangan

       Unit ini bertanggungjawab memastikan keteraturan dalam perkara yang berikut:

  1. Kewangan;
  2. Pengurusan sumber manusia;
  3. Pengurusan aset dan inventori;
  4. Pengurusan keselamatan dokumen;
  5. pengurusan keselamatan / Penjagaan bangunan  dan persekitaran mahkamah; dan
    1.  

       

     

Melayu