PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Portal rasmi Mahkamah Negeri Perak.

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan kurnianya kita diberi peluang untuk melangkah ke tahun 2019.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung Portal Rasmi Mahkamah Negeri Perak. Laman Portal Rasmi ini telah dikemaskinikan dan ditambahbaik pada tahun ini.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Nur Faizah binti Muhamad Saleh dan Tuan Mohamed Faris b Mohamed Azmi yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini.

Kepada semua warga Mahkamah Negeri Perak saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan. Saya harap Tuan-tuan dan Puan-puan dapat merealisasikan impian dan harapan Badan Kehakiman untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih cemerlang dan efektif.

Saya juga menyeru agar semua warga Mahkamah Negeri Perak mengamalkan sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas dengan penuh jati diri yang tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni dan komited terhadap tugasan yang diberikan.

Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Menyambut tahun 2019. Semoga segala usaha kita akan diberkati Allah S.W.T dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan datang tanpa usaha gigih dari kita semua

Sekian, terima kasih.

 

 

Melayu