YA Dato' Wira Aziah binti Ali DSDK, AMP

YA Dato’ Aziah Bt. Ali dilahirkan pada 23 Mei 1952 di Alor Star, Kedah, Darul Aman.  YA Dato’ telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1976.  Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan dan antara jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:
 
  • Peguam Persekutuan, Kementerian Pertahanan Malaysia (1976)
  • Peguam Persekutuan, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara (1976)
  • Pegawai Undang-Undang, Kementerian Perhubungan (1978)
  • Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor (1980)
  • Hakim Mahkamah Sesyen Taiping, Perak (1982)
  • Timbalan Pengarah, Biro Bantuan Guaman, Malaysia (1988)
  • Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (1988)
  • Hakim Kanan Mahkamah Sesyen, Seremban, Negeri Sembilan (1992)
  • Hakim Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor (1993)
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya  (1994)
  • Pengarah Latihan, Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri (1996)
  • Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan (2001)
  • Ketua Pengarah, Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri (2001)
  • Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Kedah (2003).
YA Dato’ Aziah Bt. Ali telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 September 2005 dan pada 11 April 2007 YA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.  YA Dato’ telah berkhidmat di Bahagian Keluarga, Bahagian Sivil dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Pada 11 Mei 2011 YA Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

Sebagai menghargai sumbangan YA Dato’ beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan pada tahun 1987.  Pada Tahun 2004 YA Dato’ telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Dato’ Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.) oleh DYMM Sultan Kedah Darul Aman.



 


ALAMAT

Kamar Hakim Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 4 Selatan, Istana Kehakiman
Presint 3

62506 PUTRAJAYA


   +603 88809423 +603 88804209
  aziah@kehakiman.gov.my

Jawatan: 
Hakim Mahkamah Persekutuan
Anugerah: 
DSDK , AMP
Gambar: