PESURUHJAYA SUMPAH

Pengenalan

Seseorang Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

Unit Pesuruhjaya Sumpah beperanan untuk:

  • Menyelia dan mengemaskini senarai Pesuruhjaya Sumpah mengikut jenis lantikan (Peguambela dan Peguamcara, Pegawai Awam, Pegawai Badan Berkanun dan Mana-Mana Orang Lain);
  • Sebagai pusat rujukan dan pengesahan terhadap rekod pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang masih aktif dan tidak aktif di seluruh Negara;
  • Memproses setiap permohonan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 1,2,3,4;
  • Menyelia dan menjalankan peperiksaan dan temuduga bagi pelantikan dan / atau pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang diterima melalui Borang 6;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menukar alamat perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah;
  • Memproses permohonan oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi menjalankan perkhidmatan di luar alamat perkhidmatan;
  • Merekodkan permohonan dan pemakluman Pesuruhjaya Sumpah untuk bercuti;
  • Menjalankan semakan Buku Daftar dan pemantauan premis Pesuruhjaya Sumpah;
  • Menerima dan memproses, maklumat atau aduan berkenaan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah; dan
  • Menjalankan siasatan berdasarkan maklumat dan aduan berkenan salah laku oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Melayu