Tarikh : 5.10.2020
Perkara : Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian, Mahkamah Kuala Lumpur
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Tuan/ Puan,
IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah meluluskan pelantikan seramai lima (5) orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Mahkamah Kuala Lumpur. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian tersebut untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin/ Tuan / Puan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Datin/ Tuan / Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Perkhidmatan & Perjawatan
Bahagian Pengurusan
b.p: Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur