No. Rujukan : MKL.100-20/1/6 (14)
Tarikh : 22 Jun 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datin / Tuan / Puan,
HEBAHAN BERKAITAN AMALAN PENCEGAHAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sepertimana YBhg. Datin / Tuan / Puan sedia maklum, suntikan vaksin merupakan salah satu kaedah untuk mengawal pandemik ini dan ia merupakan antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada Covid-19. Walau bagaimanapun, bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal, berikut merupakan kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang amalan pencegahan selepas menerima vaksin Covid-19 untuk makluman dan rujukan YBhg. Datin / Tuan / Puan.
Perhatian YBhg. Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur