Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh: 29 Jun 2021

SEMUA YANG BERKENAAN,

URUSAN KAUNTER PENDAFTARAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR

1. Adalah dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh, operasi semua Kaunter Pendaftaran di Mahkamah Kuala Lumpur (kecuali Kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Rendah bagi pertuduhan baharu) adalah DITUTUP sepenuhnya untuk semua urusan sehingga arahan selanjutnya.

2. Bagi kes-kes e-filing, semua surat-menyurat, pemfailan/penghantaran hujahan/ ikatan otoriti HENDAKLAH secara efiling sahaja. Penghantaran dokumen salinan keras secara fizikal tidak dibenarkan.

3. Bagi kes-kes non-efiling, semua surat-menyurat, pemfailan/penghantaran hujahan/ ikatan otoriti HENDAKLAH secara emel kepada pegawai/ mahkamah masing-masing.

4. Bagi semakan jadual kes, HENDAKLAH dibuat secara online sahaja. Rujuk cause list di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList?cultureCode=ms

5. Bagi carian dokumen/minit prosiding,  HENDAKLAH dibuat secara online sahaja. Rujuk pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Search2?cultureCode=ms

(“Carian Fail Online”)

Sila buat bayaran fi carian terlebih dahulu di pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/Ticket/Document?cultureCode=ms (Pembelian Tiket untuk Carian Fail Online”)

6. Semua Kaunter Pendaftaran Mahkamah Kuala Lumpur tidak akan menerima atau menetapkan sebarang tarikh temujanji secara bersemuka (kehadiran fizikal) untuk sebarang urusan termasuk untuk pengesahan dokumen-dokumen.

7. Semua tarikh temujanji yang telah ditetapkan sebelum ini (jika ada), adalah dilapangkan.

Sekian, harap maklum.

 

"PERIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

  Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

 

Pengarah

 

Mahkamah Kuala Lumpur.