Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 31.5.2021

Perkara : Arahan Ketua Hakim Negara Bilangan 8 Tahun 2021 Pengecualian Terhadap Pemakaian Peruntukan Undang-Undang Berhubung Dengan Urusan Mahkamah Di Seluruh Malaysia

 

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.       Adalah saya diarahkan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa Arahan Ketua Hakim Negara Bilangan 8 Tahun 2021 Pengecualian Terhadap Pemakaian Peruntukan Undang-Undang Berhubung Dengan Urusan Mahkamah Di Seluruh Malaysia (dilampirkan) mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

 

3.       Selanjutnya, adalah dimaklumkan bahawa bagi pengendalian pengurusan kes menerusi teknologi komunikasi jarak jauh, perenggan 2(a)(iii) e-mel Pejabat ini bertarikh 29 Mei 2021 adalah juga terpakai manakala bagi pengendalian kes-kes permohonan perakuan segera yang difailkan di Mahkamah, pegawai-pegawai kehakiman telah dimaklumkan berkenaan tindakan-tindakan yang perlu diambil.

 

4.       Dimajukan untuk tindakan lanjut pihak YBhg. Tan Sri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan dan bagi apa-apa pertanyaan boleh menghubungi pegawai-pegawai yang berikut:

 

(a)       Mahkamah Persekutuan

Puan Wan Fatimah Zaharah binti Wan Yussof

Timbalan Pendaftar

03-88803596 (pejabat)/ 017-3758923 (telefon bimbit)

fatimah@kehakiman.gov.my

 

(b)       Mahkamah Rayuan

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Rayuan

03-88804045 (pejabat)/ 012-2098648 (telefon bimbit)

hasbi@kehakiman.gov.my

 

(c)       Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Zaharah binti Hussain

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-88803702 (pejabat)/ 012-4011100 (telefon bimbit)

zaharah@kehakiman.gov.my

 

(d)       Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Tuan Nixon Kennedy Kumbong

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 013-8042607 (telefon bimbit)

nixon@kehakiman.gov.my

 

(e)       Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-88809418 (pejabat)/ 019-9851333 (telefon bimbit)

mbakri@kehakiman.gov.my

 

(f)        Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Puan Egusra binti Ali

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

Menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 016-8931397 (telefon bimbit)

egusra@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

 

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia