Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

No. Rujukan : MKL.100-9/1/12 (3)

Tarikh : 24 Mei 2021

 Perkara : Galakan Pemakaian Double Face Mask

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Datin / Tuan / Puan,

 

GALAKAN PEMAKAIAN DOUBLE FACE MASK

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.  Dimaklumkan bahawa sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang diadakan pada 22 Mei 2021 telah memaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Dalam sidang media tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan telah menyatakan bahawa pemakaian dua lapis pelitup muka amat digalakkan terutama ketika berada di tempat sesak dan berisiko tinggi untuk mengelakkan dari dijangkiti Covid -19. 

 

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama semua frontliner yang terlibat di Mahkamah Kuala Lumpur (Jurubahasa, Bahagian Keselamatan dan Petugas di Kaunter-kaunter) untuk melaksanakan pemakaian 'double face mask' dan face shield selaras dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan tersebut. 

img

 

 

imgimg

Kerjasama YBhg. Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

                   t.t                             

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur