Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 28.5.2021

Perkara : Garis Panduan Berhubung Pengendalian Isu-Isu Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 Di Premis Kerajaan Dan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0

 

No. Rujukan : MKL.100-9/1/12 (4)

Tarikh           : 25 Mei 2021

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Datin / Tuan / Puan,

 

Garis Panduan Berhubung Pengendalian Isu-Isu Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 Di Premis Kerajaan Dan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.      Bersama-sama ini disertakan beberapa Garis Panduan berhubung Pengendalian Isu-Isu Penularan Jangkitan Wabak COVID-19 Di Premis Kerajaan dan Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datin / Tuan / Puan jua seperti pautan berikut:

 

 

·        http://cloudkmkl.kehakiman.gov.my:8080/share.cgi?ssid=0MjmtkQ

 

·        http://cloudkmkl.kehakiman.gov.my:8080/share.cgi?ssid=0Wxr7y6

 

3.      Untuk makluman tambahan YBhg. Datin / Tuan / Puan, garis panduan berhubung Pengendalian Isu-Isu Penularan Jangkitan Wabak COVID-19 berkuatkuasa mulai tarikh garis panduan ini dikeluarkan dan terpakai khusus untuk menangani penularan wabak COVID-19 bagi tempoh sehingga dimaklumkan negara bebas COVID-19 oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau pihak Kerajaan.  Manakala Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terpakai dalam tempoh PKP 3.0 tertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa.

 

4.      Sekiranya pihak YBhg. Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

 

·         Puan Amalina binti Abdul Aziz

amalinaaziz@kehakiman.gov.my

ext: 2037

 

·         En. Mohd Yusuf bin Mat Din

mohdyusuf@kehakiman.gov.my

ext: 4042

 

Terima kasih.    

           

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

                   t.t                             

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur