Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 
No. Ruj. : MKL.100-9/1/12 (50)
 

Tarikh    : 30 September 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg.Datin/ Tuan / Puan,

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP) BILANGAN 2 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan rantaian emel daripada Bahagian Komunikasi Korporat bertarikh 29 September 2021 adalah saling berkaitan.

2.         Dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Bil. 2 Tahun 2021. Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP ini dilaksanakan bagi membantu PKPMP untuk memahami keperluan pelanggan dan segala maklumat yang diberikan akan digunakan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PKPMP.

3.         Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP ini akan dijalankan bermula 1 Oktober hingga 15 Disember 2021. Bersama-sama ini dilampirkan flashbanner dan poster Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP untuk makluman YBhg.Datin/ Tuan / Puan jua. Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP boleh diakses secara dalam talian melalui pautan dan QR code di bawah: https://bit.ly/2ueVbZB

cid:image003.jpg@01D7B53E.C40E72C0

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, YBhg.Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Puan Suzarika binti Sahak
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
019-6952509 / suzarika@kehakiman.gov.my
 

Puan Farah binti Rosnan
Penolong Kanan Pendaftar
017-2940301 / farahrosnan@kehakiman.gov.my

5.        Kerjasama dan perhatian YBhg.Datin/ Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

  

Saya yang menjalankan amanah, 

 
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur