Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.      Adalah saya diarahkan oleh YAA Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa bagi negeri-negeri yang telah dan akan memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, Mahkamah adalah beroperasi sepenuhnya tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap Tatacara Operasi Standard Pencegahan Wabak COVID-19 Di Mahkamah Seluruh Malaysia (SOP) yang telah mula berkuat kuasa pada 27 Januari 2021 (sesalinan dilampirkan) dan apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa.

3.      Walau bagaimanapun, saya juga telah diarahkan untuk membawa perhatian YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memutuskan perkara-perkara berhubung dengan pengendalian sesuatu prosiding kes sivil dan jenayah dengan mempertimbangkan faktor-faktor yang berikut:

a. terdapat isu berkaitan dengan COVID-19 di Mahkamah;

b. terdapat isu berkaitan dengan COVID-19 melibatkan pemegang taruh dan pihak-pihak yang terlibat dengan prosiding kes;

c. isu mobiliti pihak-pihak untuk menghadiri sesuatu prosiding di Mahkamah seperti faktor kesihatan, kawalan pergerakan, lokasi terlalu jauh, berlakunya bencana alam atau penularan wabak atau penyakit berjangkit sama ada di lokasi pihak-pihak berada atau di lokasi Mahkamah di mana prosiding akan dijalankan, dsb.; dan

d. apa-apa hal keadaan lain atau pertimbangan lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah.
 

4.      Selanjutnya, bagi pengendalian prosiding kes sivil, tertakluk kepada permohonan oleh pihak-pihak, Mahkamah boleh mengarahkan supaya prosiding tersebut dijalankan melalui:

a. platform teknologi komunikasi jarak jauh sebagaimana yang diperuntukkan dalam Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pengendalian Prosiding Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah Di Seluruh Malaysia;

b. cara fizikal; atau

c. kaedah hibrid yang menggabungkan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh dan juga melalui cara fizikal.

5.      Untuk apa-apa pertanyaan, pihak YA-YA/ YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Mahkamah Persekutuan

Puan Nurul Husna binti Awang

Timbalan Pendaftar

03-88803947 (pejabat) / 019-4157376 / husna@kehakiman.gov.my

 

Mahkamah Rayuan

Puan Hasbi binti Hasan

Pendaftar Mahkamah Rayuan

03-88804045 (pejabat) / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov.my

 

Mahkamah Tinggi Malaya

Puan Zaharah binti Hussain

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya

03-88803702 (pejabat) / 012-4011100 / zaharah@kehakiman.gov.my

 

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Tuan Nixon Kennedy Kumbong

Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat) / 013-8042607 / nixon@kehakiman.gov.my

 

Mahkamah Rendah Malaya

Tuan M. Bakri bin Abd Majid

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya

03-88809418 (pejabat)/ 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my

 

Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

Puan Egusra binti Ali

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah

Menjalankan tugas-tugas Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak

088-286100 (pejabat)/ 016-8931397 / egusra@kehakiman.gov.my

 

Pertanyaan Umum

Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

komunikasikorporat@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menjalankan amanah,                                                                            

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

LAMPIRAN : 
TATACARA OPERASI STANDARD PENCEGAHAN WABAK COVID-19 DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA BAGI PENGGUNA MAHKAMAH