Bahagian Surat Kuasa Wakil
BAHAGIAN SURAT KUASA WAKIL MAHKAMAH KUALA LUMPUR
- Menerima Surat Kuasa Wakil yang didaftarkan secara manual di kaunter pendaftaran dan juga secara dalam talian (mulai bulan Ogos 2018) didalam sistem e-SKW.
- Menerima, menyemak dan meluluskan dokumen pembatalan surat kuasa wakil yang difailkan secara dalam talian atau manual.
- Menerima, menyemak dan meluluskan permohonan carian dokumen dan menandatangani dokumen salinan yang diakui sah.
- Menerima dan meluluskan permohonan untuk pengesahan status surat kuasa wakil.
- Menyimpan surat kuasa wakil yang telah didaftarkan dalam keadaan yang teratur dan sistematik.
- Mengendalikan semua proses berkaitan surat kuasa wakil termasuk permohonan untuk pengesahan status, carian dokumen dan mengeluarkan dokumen surat kuasa wakil dalam bentuk salinan yang diakui sah.