Skip to main content

Carta Organisasi Mahkamah Majistret (Jenayah)

  1. Mahkamah Sesyen - Membicarakan semua kesalahan jenayah di dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen Jenayah (Seksyen 63 Akta Mahkamah Rendah 1948)
  2. Mahkamah Majistret – Membicarakan semua kesalahan jenayah yang mana hukuman maksima tidak melebihi 10 tahun penjara atau dengan denda sahaja (Seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948)
  3. Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.
  4. Menguruskan pendaftaran dan penyemakan kes-kes jenayah termasuk kes-kes komital ke Mahkamah Tinggi, Jenayah Komersil, Dadah, Jenayah Seksual, Rasuah, Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Saman Jabatan, Semakan Kehakiman, Permohonan Jenayah, kes-kes di bawah S. 108 KAJ, dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah, Waran Tangkap, Perintah untuk Mengemukakan, dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Menguruskan pemprosesan dan meluluskan urusan jaminan bagi kes-kes yang telah diberikan jaminan oleh Hakim dan Majistret.
  7. Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan.
  8. Menguruskan kes-kes rayuan jenayah ke Mahkamah Tinggi.
  9. Menguruskan Jadual Bertugas Pegawai dan anggota Mahkamah bagi urusan reman di bawah S. 117 KAJ, S. 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
  10. Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.