Mengapa Perlu Mediasi
Mediasi merupakan alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh yang menawarkan faedah-faedah seperti yang berikut:
- Perkhidmatan mediasi adalah percuma;
- Mediator terdiri daripada Hakim dan Pegawai Kehakiman yang mempunyai pengalaman dan berpengetahuan;
- Tiada pihak yang kalah kerana persetujuan untuk penyelesaian dicapai secara sukarela. Win-win situation;
- Perjanjian penyelesaian juga mengikat pihak-pihak mengikut undang-undang kontrak;
- Mediasi dapat menjimatkan masa;
- Proses mediasi adalah tidak formal dan fleksibel. Pihak-pihak lebih selesa untuk berbincang;
- Mediasi dapat mengeratkan hubungan antara pihak-pihak yang bertelingkah kerana memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menjelaskan keadaan masing-masing;
- Fasiliti di Pusat mediasi yang menyediakan bilik mediasi dan bilik caucus memberikan keselesaan kepada pihak-pihak untuk berunding dengan selesa dan mengurangkan perasaan risau untuk hadir ke mahkamah terbuka;
- Mediasi adalah sulit dan amat berguna bagi tujuan menjaga nama baik seseorang, perniagaan dll.