Skip to main content
Please wait...

Polisi Privasi & Keselamatan

Dasar Privasi

  • Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di www.kehakiman.gov.my.

 

Keselamatan Data

  • Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Maklumat Yang Dikumpul

  • Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari www.kehakiman.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.

 

Pautan

  • Walaupun www.kehakiman.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi lain dan sebagainya, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

 

Fail Log

  • Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

 

Pindaan Dasar

  • Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

 

Dasar Keselamatan

  1. Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
  2. Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
  3. Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
  4. Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
  5. Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web Pejabat Ketua Pendaftar mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian/Jabatan.
  6. Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke laman web Pejabat Ketua Pendaftar atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
  7. Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman web Pejabat Ketua Pendaftar adalah dilarang