Skip to main content

Pesuruhjaya Sumpah

Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Kuala Lumpur

Mahkamah Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengikrarkan suratcara suratcara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah. Pengikraran dokumentasi ini berlandaskan Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dan mana mana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah. 
 

aba
Lokasi kaunter Pesuruhjaya SumpahAras 1, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Waktu Urusan Kaunter Pesuruhjaya Sumpah

Hari :Waktu Perkhidmatan
Isnin - Jumaat :8.00 pagi – 3.45 Petang

Caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

 AfidavitEkshibitAkuan Bersumpah
Salinan AsalRM10.00RM5.00RM10.00
Salinan Pendua dan seterusnyaRM5.00RM2.00RM10.00

Infografik Caj Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

 

Kadar bayaran ini adalah berdasarkan Kaedah Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Sebarang aduan mengenai caj lebihan yang dikenakan selain daripada yang tertera di atas atau aduan mengenai salah laku Pesuruhjaya Sumpah boleh diemelkan kepada : bpjs@kehakiman.gov.my

 

KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 2018
 


Berpandukan Kaedah 17 yang dibaca bersama Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018, fi yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah adalah sebanyak RM10.00 (afidavit asal bagi setiap deponen), RM5.00 (salinan afidavit bagi setiap deponen), RM5.00 (setiap eksibit asal) dan RM2.00 (setiap salinan eksibit). Pesuruhjaya Sumpah juga dibenarkan mengutip RM10.00 bagi setiap dokumen selain daripada akuan berkanun yang mana Pesuruhjaya Sumpah telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk menandatanganinya sebagai contoh borang DDA, surat kuasa wakil.

Menurut Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, fi yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 (bagi setiap akuan) dan RM10.00 (bagi setiap eksibit atau lampiran yang dirujuk padanya). Tiada istilah salinan bagi dokumen akuan berkanun.

Apakah itu Pesuruhjaya Sumpah?

Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

 

Apakah Unit yang menguruskan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia?

Unit yang menguruskan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia adalah Unit Pesuruhjaya Sumpah, Bahagian Pejabat Ketua Hakim Negara dan Penyelidikan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

Apakah Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah?

Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang terlibat secara tidak langsung mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

 

Apakah piagam pelanggan Pesuruhjaya Sumpah?

Piagam pelanggan Pesuruhjaya Sumpah adalah:-

  1. Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dan arahan-arahan berkaitannya.
  2. Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik.
  3. Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan penuh berintegriti.

 

Apakah undang-undang atau dokumen rujukan yang mentadbir serta mengawal kelakuan, tugas-tugas serta etika seseorang Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia?

Undang-undang yang mentadbir serta mengawal kelakuan serta tugas-tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 manakala Kod Etika Pesuruhjaya Sumpah Malaysia pula memerihalkan berkenaan etika dan tatakelakuan yang seharusnya diamalkan oleh seseorang Pesuruhjaya Sumpah.