Carta Organisasi Mahkamah Sesyen (Jenayah)
Bahagian Jenayah, Mahkamah Sesyen & Majistret Mahkamah Kuala Lumpur
- Mahkamah Sesyen - Membicarakan semua kesalahan jenayah di dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen Jenayah (Seksyen 63 Akta Mahkamah Rendah 1948)
- Mahkamah Majistret – Membicarakan semua kesalahan jenayah yang mana hukuman maksimanya tidak melebihi 10 tahun penjara atau dengan denda sahaja (Seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948)
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.
- Menguruskan pendaftaran dan penyemakan kes-kes jenayah termasuk kes-kes komital ke Mahkamah Tinggi, Jenayah Komersil, Dadah, Jenayah Seksual, Rasuah, Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Saman Jabatan, Semakan Kehakiman, Permohonan Jenayah, kes-kes di bawah S. 108 KAJ, dan lain-lain yang berkaitan.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah, Waran Tangkap, Perintah untuk Mengemukakan, dan lain-lain yang berkaitan.
- Menguruskan pemprosesan dan meluluskan urusan jaminan bagi kes-kes yang telah diberikan jaminan oleh Hakim dan Majistret.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan.
- Menguruskan kes-kes rayuan jenayah ke Mahkamah Tinggi.
- Menguruskan Jadual Bertugas Pegawai dan anggota Mahkamah bagi urusan reman di bawah S. 117 KAJ, S. 4(1)(b) Akta Penagijh Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.