Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 
  1. Bertanggunjawab dalam urusan perakam waktu, penyediaan laporan bulanan kehadiran pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur serta mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai/kakitangan yang hadir lewat/tidak rakam kehadiran tanpa kebenaran.
  2. Urusan penempahan bilik mesyuarat/taklimat dan makanan.
  3. Terlibat dalam keurusetiaan yang berkaitan dengan tugas, fungsi, aktiviti/program di Mahkamah Kuala Lumpur (MKL).
  4. Menguruskan hal pentadbiran dan mesyuarat bahagian.
  5. Bertanggungjawab dalam penyediaan jadual tugas Pesuruhjaya Sumpah dan Jadual Petugas Reman dan Jadual Bacaan Doa Harian.
  6. Menguruskan penempatan pelajar praktikal yang membuat latihan di MKL.
  7. Mengurusakan/memproses permohonan Insuran daripada pegawai/kakitangan yang membuat lawatan ke luar negara.
  8. Menguruskan penempahan cop/pelakat kenderaan bagi kegunaan pegawai/kakitangan.
  9. Menyediakan tempat penyimpanan fail dan dokumen dengan baik dan selamat.
  10. Menguruskan urusan pakaian seragam Pemandu/Pembantu Am Pejabat/Pembantu Operasi/Odeli.
  11. Menguruskan sewaan ruang kafeteria di Aras B1.
  12. Menyelaras kunci Bilik Mesyuarat, Bilik Taklimat, Bilik IT, Bilik Menunggu Hakim (VVIP), Bilik Ketua Hakim Negara dan Bilik Hakim Besar Malaya.
  13. Memastikan notis kenyataan disemak setiap bulan.
  14. Menguruskan lawatan daripada Luar Negara/Badan Kerajaan/Bukan Kerajaan/Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah.
  15. Menguruskan permohonan kad akses untuk pegawai dan kakitangan MKL.
  16. Menyediakan dan mengemaskini data kedudukan terkini lokasi bilik-bilik Mahkamah.
  17. Menyedia dan mengemaskini buku panduan/direktori telefon.
  18. Merancang keperluan latihan bagi setiap pegawai dan kakitangan berdasarkan pengalaman, jawatan, bidang tugas dan latihan yang diperlukan.
  19. Mengendalikan program latihah/kursus/bengkel/ seminar kepada semua kakitangan.
  20. Menguruskan hal-hal berkaitan Penceramah/ Tenaga Pengajar/ Konsultan dan penginapan peserta kursus.
  21. Menjalankan kerja-kerja keurusetiaan dan urusan pentadbiran latihan/ kursus sebelum dan selepas kursus dijalankankan.
  22. Memastikan pencapaian prestasi kehadiran kursus bagi semua pegawai dan kakitangan dapat dicapai mengikut bilangan kursus yang di arahkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar atau Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

HRMIS

  1. Menguruskan maklumat pengurusan sumber manusia melalui sistem HRMIS.
  2. Memastikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) direkod dalam sistem HRMIS.
  3. Memastikan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) direkod dalam sistem HRMIS.

Tatatertib/Naik Pangkat

  1. Urusan kenaikan pangkat/ pemangkuan.
  2. Menyemak dan menyediakan kertas cadangan bagi pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
  3. Menyelaras Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
  4. Menyelaras Perisytiharan Harta.
  5. Memproses urusan tatatertib.
  6. Menyediakan dan menguruskan Pencalonan Anugerah Bintang- Bintang/Darjah Kebesaran/ Pingat bagi Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur.
  7. Keurusetiaan Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus (JKTU).
  1. Pelantikan baru/ kontrak/pertukaran.
  2. Mengemaskini maklumat profil peribadi pegawai.
  3. Pengesahan lantikan/ perkhidmatan taraf berpencen.
  4. Pergerakan gaji.
  5. Persaraan.
  6. Pelepasan jawatan/ perletakan jawatan.
  7. Permohonan luar negeri urusan rasmi/persendirian.
  8. Permohonan elaun pakaian rasmi/pakaian panas.
  9. Permohonan kelulusan Elaun Perumahan Wilayah (EPW)/ Permohonan balik ke wilayah asal.
  10. Permohonan kelulusan perubatan/sara ubat.
  11. Borang Kemudahan Rawatan (GL).
  12. Menguruskan semua permohonan cuti.
  13. Merekod Data Sejarah Cuti Pegawai dan Kakitangan.
  14. Merekod cuti rehat/cuti sakit dan menyemak kehadiran serta menyediakan surat tunjuk sebab ketidakhadiran bertugas tanpa cuti.
  15. Menguruskan permohonan tanggungkerja.
  16. Menguruskan Penyata perubahan (Kew. 8).
  17. Menguruskan Buku Rekod perkhidmatan.
  18. Permohonan peperiksaan jabatan.
  19. Permohonan pelantikan, pelanjutan dan penamatan Pesuruhjaya Sumpah.
  20. Membuat Carta Organisasi Jabatan/ Bahagian Pengurusan.
  21. Laporan Maklumat Jumlah Perjawatan, Statistik Perjawatan Dan Perincian Maklumat Perjawatan di Mahkamah Tinggi/Sesyen setiap bulan.

Maklumat ini sedang dikemaskini.

  1. Menerima barang-barang dipesan dengan mengesah barang-barang serahan barang-barang oleh pembekal.
  2. Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara optimum.
  3. Menjaga dan menyelengara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  4. Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan.
  5. Menyelenggara rekod- rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan kemaskini.
  6. Merancang dan menguruskan stok bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras yang ditetapkan.
  7. Mengendali pembungkusan dan pengeluaran stok kepada pelanggan.
  8. Menjalankan pemeriksaan mengesan dan mengenalpasti sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak.
  9. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obsolete, rosak, luput, tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.
  10. Menguruskan tindakan hapuskira ke atas stok yang hilang.
  11. Menyediakan Laporan Suku Tahun dan Tahunan Pengurusan Stor.
  1. Menerima permohonan tempahan kenderaan drp pegawai/kakitangan untuk urusan rasmi.
  2. Memastikan jadual perjalanan pemandu untuk membawa pegawai/ kakitangan bagi urusan seperti bank, Pejabat Pos menghantar surat/dokumen ke lain-lain Jabatan dan urusan menghantar kenderaan Jabatan/ kenderaan rasmi ke Spanco utk perkhidmatan penyelenggaraan atau membaiki sebarang kerosakan.
  3. Menyimpan kunci kenderaan Jabatan, menyemak transaksi Kad Inden Minyak, Kad Touch n’ Go kenderaan jabatan kemaskini.
  4. Memastikan buku log kenderaan diselenggara dengan sempurna oleh pemandu. Memeriksa dan menandatangani buku log pada setiap penggunaan, di akhir tiap-tiap satu minggu dan setiap hujung bulan.
  5. Menyelia penggunaan bahan api dan menyediakan cerakinan.
  6. Memastikan setiap YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Sesyen menghantar Laporan pengesahan butiran minyak shell/ petronas pada setiap bulan. Menyelaras urusan kad-kad minyak Jabatan dan Kereta Rasmi Jabatan YA Hakim Mahkamah Tinggi & Mahkamah Sesyen
  7. Memastikan surat-surat dipos ditimbang mengikut kadar yang ditetapkan setiap hari.
  8. Memastikan penghantaran surat-surat ke pejabat pos bagi mel biasa, surat-surat berdaftar dan pos laju.
  9. Memastikan surat-surat yang diterima direkodkan dan diserahkan kepada unit-unit berkenaan.
  10. Menyemak invois pos laju dan mengesahkannya pada setiap bulan.
  11. Memastikan bar kod dalam negeri, luar negara dan setem-setem untuk pos berdaftar disimpan dengan mencukupi dan selamat. Mengeluar dan mencatit jumlah permohonan bar kod dan setem mengikut keperluan.
  12. Memastikan permohonan menjilid dilakukan dengan sempurna atas urusan rasmi sahaja.
  13. Mencetak laoran Touch n’ Go daripada portal Touch n’ Go untuk 4 orang pemandu Jabatan.
  14. Memastikan di Unit Perhubungan telefon dan Sistem yang digunakan tiada masalah.
  1. Menerima dan mengesah daftar Harta Modal dan Inventori melalui Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA).
  2. Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan semua mesin-mesin peralatan/ kelengkapan perabot pejabat.
  3. Menyemak dan memeriksa semua dokumen berkaitan pengurusan aset termasuk pesanan tempatan, kad-kad dan borang KEW.PA.
  4. Menguruskan/melaksana kerja-kerja pemeriksaan aset serta mengemaskini rekod kedudukan dan Harta Modal dan Inventori (termasuk ICT).
  5. Memabantu menguruskan dan melaksanakan kerja- kerja berkaitan pelupusan aset alih kerajaan.
  6. Membantu menguruskan perpindahan, penempaan dan pembekalan Harta Modal dan Inventori ke unit-unit yang berkenaan.
  7. Membantu menguruskan penempatan/ penghantaran peralatan dan perabot untuk sesuatu majlis di Mahkamah Kuala Lumpur.
  8. Membantu menguruskan hal berkaitan aduan/kerosakan talian telefon/fax.
  1. Pengurusan yang berkaitan dengan hal-hal pembangunan & senggaraan.
  2. Merancang pembaikan dan menaiktaraf kerja-kerja teknikal dan pembersihan.
  3. Memastikan bangunan dan segala kemudahan infrastruktur dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
  4. Memastikan penyelenggaraan berkala daripada syarikat penyelenggaraan bangunan (FM) berjalan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan.
  5. Menyelaraskan keperluan dan perolehan perkhidmatan bagi kerjakerja naiktaraf, ubahsuai, kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan fizikal KMKL.
  6. Memantau kerja-kerja teknikal dan pembersihan yang dilaksanakan oleh kontraktor berdaftar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
  7. Menerima aduan teknikal dan pembersihan daripada KMKL dan orang awam untuk tindakan.
  8. Menyediakan permohonan projek-projek kecil ubahsuai, naik taraf, gantian bagi KMKL untuk tindakan kelulusan PKPMP.
  9. Merancang skop dan anggaran kos bagi cadangan projek.
  10. Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja, perkhidmatan,ubahsuai dan penyelenggaraan mengikut kehendak jabatan sebelum dipanjangkan kepada unit perolehan bagi tujuan bayaran.
  11. Mengemaskini kedudukan terkini lokasi bilik-bilik mahkamah secara fizikal.
  1. Menguruskan semua perolehan Jabatan berkaitan sebutharga kecil, sebutharga , tender dan rundingan terus.
  2. Memastikan proses perolehan yang dilaksanakan oleh Jabatan agar mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  3. Memastikan laporan spesikasi dan teknikal telah disemak dan diluluskan oleh Jawatan kuasa yang dilantik.
  4. Memastikan perolehan secara pembelian terus mendapatkan kelulusan daripada Pengarah atau Penolong Pengarah sebelum mengeluarkan Pesanan Tempatan.
  5. Menguruskan pendaftaran pembekal dan Syarikat Agensi Penerbangan.
  6. Memastikan penggunaan kontrak pusat bagi perolehan barangan yang senaraikan dalam kontrak pusat/Perbendaharaan.
  7. Menguruskan kontrak di bawah perolehan, sebutharga dan tender Jabatan.
  8. Menguruskan kontrak penyewaan dan memantau pembayaran bagi sewa ruang di Aras B1.
  9. Menguruskan perolehan kerja yang melibatkan kontraktor Kelas ‘F’.
  10. Menguruskan Waran Udara Pukal.
  11. Menguruskan Panjar Wang Runcit Jabatan.
  12. Menguruskan laporan pesanan tempatan, laporan suku tahun Perolehan, GPIS dan eTBS.
  13. Menguruskan perancangan Perolehan Jabatan bagi setiap tahun.
  1. Merancang keperluan bajet MKL.
  2. Menyediakan Laporan Bajet dan lain-lain laporan kewaangan.
  3. Menyemak dan memproses baucer bayaran kepada kakitangan & pembekal.
  4. Membuat perubahan gaji.
  5. Menyemak buku vot B06 dan T03 dalam sistem.
  6. Menyemak laporan pukal.
  7. Menambah nilai terminal Touch & Go untuk YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Sesyen.
  8. Menyediakan Wang Runcit.
  9. Menyediakan Laporan Harian ke Seksyen Kewangan PKPMP dan JPM.
  10. Menghantar laporan dan lain-lain dokumen kewangan di PKPMP dan JPM.
  11. Pinjaman Perumahan/ Komputer/Kenderaan.
  1. Menerima pelbagai bayaran hasil, denda & rampasan serta deposit.
  2. Pembayaran balik hasil & deposit.
  3. Merekod kutipan hasil & deposit.
  4. Mengakaunkan kutipan hasil & deposit.
  5. Pewartaan deposit.
  6. Penyelenggaraan mesin kiosk.

Pembinaan Koleksi/Sirkulasi

  1. Pengurusan perkhidmatan Kaunter Perpustakaan.
  2. Pengurusan rekod keahlian perpustakaan (Manual).
  3. Perkhidmatan pinjaman / pemulangan.
  4. Merancang pembinaan koleksi perpustakaan.
  5. Penerimaan perolehan baru bahan perpustakaan.
  6. Mengurus rekod penerimaan bahan.
  7. Pendokumentasian bahan perpustakaan.
  8. Pengkatalogan bahan perpustakaan dengan merujuk WebOpac (CopyCat).
  9. Pengurusan koleksi simpanan tetap dalam kamar YA Hakim Mahkamah Tinggi.
  10. Edaran bahan-bahan yang dilanggan / lain- lain terbitan kepada Hakim Sesyen / pegawai kehakiman.
  11. Pengurusan koleksi keratan akhbar berkaitan kes-kes mahkamah dan isu perundangan negara.
  12. Perkhidmatan kesedaran semasa / promosi aktiviti perpustakaan.

Rujukan/Pindaan Akta

  1. Menguruskan pentadbiran am perpustakaan.
  2. Pencarian maklumat undang-undang secara atas talian.
  3. Menguruskan Mesyuarat AJK Perpustakaan KMKL.
  4. Mengendalikan rujukan berbentuk penyelidikan daripada YA Hakim / Persuruhjaya Kehakiman.
  5. Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (Inter library loan).
  6. Penyediaan statistik perpustakaan.
  7. Penyusunan / pengemaskinian koleksi perpustakaan pada rak mengikut nombor kelas (shelf reading).
  8. Semakan stok koleksi perpustakaan.
  9. Pengurusan penerimaan / rekod warta kerajaan.
  10. Penyemakan pemberitahuan pindaan terkini kepada akta di dalam LawNet (PNMB) pada setiap hari.
  11. Membantu Setiausaha dalam Melaksanakan pindaan terkini akta dalam koleksi perpustakaan dan koleksi tetap kamar hakim (mengikut arahan).
  12. Penjilidan dan pemuliharaan bahan perpustakaan.
  1. Pengurusan Keselamatan pejabat di mahkamah dan bahagian.
  2. Merekod dan mengambil tindakan atas aduan keselamatan di MKL.
  3. Merancang dan menyediakan latihan kesedaran keselamatan untuk pengguna kompleks MKL.
  4. Menjaga semua kunci MKL dan mengemaskini kunci apabila berlaku pertukaran Mahkamah.
  5. Membuka kunci dan menutup pintu Mahkamah dan bilik atas permintaan hakim, pegawai, dan kakitangan yang tertinggal kunci, membuka dan menutup pintu mahkamah kosong yang ada sambung perbicaraan.
  6. Menyediakan parking di lobi untuk kehadiran VVIP, penceramah dan lawatan agensi kerajaan dan lawatan swasta ke MKL.
  7. Menyekat lif untuk VVIP atas arahan pihak yang berkenaan.
  8. Menyelia dan mengemaskini kad akses untuk laluan hakim, pegawai dan kakitangan.
  9. Menyelia dan memantau kehadiran pengawal keselamatan siang dan malam.
  10. Memantau dan menyediakan pas lawatan dan memantau kontraktor dalam aspek keselamatan yang ingin memasuki mahkamah pada hari bekerja, cuti umum dan kelepasan am.
  1. Menyelaras dan membantu Bahagian Teknologi Maklumat, PKPMP dalam urusan berkaitan ICT di MKL.
  2. Membantu menyediakan keperluan peralatan ICT, komputer peribadi, mesin pencetak dan mesin pengimbas kepada pegawai dan kakitangan di Mahkamah Kuala Lumpur.
  3. Menyediakan rekod, mengemaskini, pemasangan serta menyelenggara dan membaikpulih peralatan ICT.
  4. Melakukan kerja konfigurasi dan pemantauan ke atas sistem Kerajaan Elektronik (EG), sistem eKehakiman dan sistem dalaman (PKPMP/MKL) agar berfungsi dengan baik dan lancar di MKL.
  5. Memastikan kontraktor ICT yang dilantik oleh PKPMP atau MKL melaksanakan tugas penyelenggaraan peralatan ICT dengan baik seperti mana yang tertakluk dalam terma-terma kontrak.
  6. Memantau dan memastikan rangkaian Internet dan MyGovNet di MKL berfungsi pada tahap yang optimum.
  7. Membantu Jawatankuasa Laman web dalam urusan teknikal Portal Rasmi MKL.